Terkini !!! Kelantan diarah laksana PKP

Terkini !!! Kelantan diarah laksana PKP

Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan turut dilaksanakan di Kelantan dan Sibu, Sarawak, susulan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP di seluruh Kelantan akan berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 25 Januari.

Penguatkuasaan di Sibu pula, yang turut meliputi Selangau dan Kanowit, berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 29 Januari.

Prosedur operasi standard (SOP) di dua kawasan itu adalah sama dengan negeri dan wilayah persekutuan yang kini dikenakan perintah itu.-MK