Terkini !!! Akad nikah boleh dibuat secara online – JAIS

Terkini !!! Akad nikah boleh dibuat secara online – JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membenarkan penolong pendaftar perkahwinan yang bertugas di semua masjid pengurusan melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

Sehubungan itu, Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad berkata perkhidmatan kaunter secara janji temu mula dibuka bagi urusan tertentu di pejabat agama Islam daerah (Paid) mulai Isnin ini.

“Buat permulaan, 25 urusan janji temu ditetapkan setiap hari bagi perkhidmatan kaunter yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 1 petang, dan setakat ini 900 slot janji temu di semua Paid penuh sehingga Jumaat ini.

“Slot janji temu yang dibuka ini juga akan ditingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada arahan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan permintaan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Shahzihan berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan pada 13 Jan lepas, Jais melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video dengan mengutamakan perkara wajib dan rukun nikah bagi memastikan keselamatan semua pihak terpelihara daripada jangkitan Covid-19.

Katanya sejak PKP dilaksanakan sehingga kini, 442 pasangan dinikahkan secara sidang video dengan pendaftar perkahwinan di Paid menyaksikan lafaz ijab dan qabul oleh wali serta pengantin lelaki yang berada di rumah dengan pengantin perempuan bersama dua saksi. – MK