Terkenal dengan lagu ‘Selagi ada rindu’, Pak Long meninggal dunia.
Pencipta dan penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Shafie Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Long
Beliau meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, petang tadi, dipercayai akibat paru-paru berair.
Menurut anaknya, Nur Muhammad Idhoffy, 18, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang tadi di sisi semua tujuh anaknya dan isteri selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
“Arwah bapa dirawat di HSAH sejak 8 Februari lalu, selepas dipindahkan dari Hospital Sik. Sebelum ini abah dirawat di Hospital Sik selama 25 hari iaitu sejak awal Januari lalu akibat demam panas.
“Doktor beritahu paru-paru abah berair selain turut mengesyaki abah menghidap kanser darah,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang rumahnya di Kampung Batu 8, Sik tengah malam ini, dan dikebumikan pagi esok.
Selain terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long turut mencipta lagu ‘Cinta Pantai Merdeka’ nyanyian Tropika dan lagu ‘Al Jannah’ nyanyian Mawi.
Bulan lalu, Allahyarham yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik sebelum ini kecuali hanya mengidap kencing manis yang masih terkawal terlantar di Hospital Sik akibat demam panas.
BACA:
Digelar neraka dunia! Ini 10 tempat paling panas di dunia yang ramai tak nak singgah