Terkejut tengok anak Kak KM pakai baju nampak ‘buah’, hadirin nampak tak selesa

Oleh MHDAILY

Terkejut tengok anak Kak KM pakai baju nampak ‘buah’, hadirin nampak tak selesa. Baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suami dan anak-anak.

Menerusi perkongsian di TikTok, Kak KM ada memuat naik video sekitar majlis ulang tahun perkahwinannya itu bertemakan busana serba putih.

Seperti biasa, busana yang digayakan oleh Kak KM serta anak-anaknya pasti akan menjadi perhatian serta menimbulkan rasa kurang senang ramai yang melihat.

@sweetdara_stokiskmbeauty♬ original sound – Lianarosli.sweetdara

Mana tidaknya, busana yang digayakan oleh Kak KM dan anak-anaknya itu dianggap terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian aset mereka sekaligus mengejutkan netizen.

Terkejut tengok anak Kak KM pakai baju nampak 'buah', hadirin nampak tak selesa

@sweetdara_stokiskmbeauty♬ Beautiful In White – Shane Filan

Diruangan komen, rata-rata netizen mengkritik pemakaian anak-anak usahawan itu yang dianggap keterluan. Malah, ada yang mempersoakan suami Kak KM yang membiarkan sahaja anak-anak berpakaian seksi.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mendoakan agar Kak KM sekeluarga diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.

Terkejut tengok anak Kak KM pakai baju nampak 'buah', hadirin nampak tak selesa

BACA:

Wanita dari Perak automatik jutawan, menang ‘jackpot’ RM21 Juta

Nabila Huda luah sesuatu pasal suaminya selepas 7 tahun kahwin, “ramai doakan..”

Tragis..sekumpulan konvoi superbike kemalangan di highway Karak