Terkejut penarik beca ini tengok dalam akaun bank ada berjuta-juta duit. Apa yang anda rasa jika satu hari anda semak baki akaun bank dan tiba-tiba ada berjuta ringgit dalam simpanan anda?
Seorang penarik beca, Mohammad Rasheed, 43, dari Pakistan, terkejut apabila mendapati baki akaunnya tiba-tiba ada tiga bilion rupee (RM12.5 juta).
Rasheed mengambil masa setahun untuk mengumpul 300 rupee hasil upah sebagai penarik beca untuk membeli basikal terpakai untuk anak perempuannya.
Namun, lelaki berkenaan segera melaporkan kepada pihak berkuasa kerana risau akan wang yang tiba-tiba banyak dalam akaunnya.
Hasil pemeriksaan, wang jutaan ringgit yang berada dalam akaunnya itu merupakan sindiket pengubahan wang haram yang berleluasa di Pakistan ketika ini.
Insiden seperti ini mensasarkan akaun bank milik warga miskin yang secara tiba-tiba mengandungi banyak wang sebelum menjadi kosong disebabkan skim pengubahan wang haram yang menyaksikan jutaan dolar dibawa keluar negara.
BACA:
Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan ‘team’
Isu tuala wanita: Dr Zaliha perjelas isu sebenar
Pernah kontroversi kes tengking pegawai imegresen, KPPA sah ditamatkan perkhidmatan