“Terkejut ada orang transfer RM1000 kat isteri aku, senyap-senyap aku belek wasap dia, rupa-rupanya ini kerja dia..”. Dulu aku pelik sangat kenapa isteri suka sangat page IIUMC. Sebab aku rasa content sama je macam page lain. Ala ala KRT ada, pengajaran ada, ilmu ada.
Tapi isteri aku asyik tekankan bahagian komen. Jadi, dah seminggu ni phone isteri aku rosak, hanya pakai phone samsung lama yang boleh whatsapp je.
Jadi aku saja log in fb isteri aku dekat phone aku. Bila aku scroll jumpa page ni.
Memang aku tak baca cerita, aku baca bahagian komen je.
Allah, betul la. Memang bahagian komen yang menusuk. Mana cerita yang perlu kata semangat, penuh kata semangat.
Mana yang minta dikecam, penuh kecaman. Haha, gurau.
Intro, aku pernah menganggur hampir setahun. Baru sebulan mula bekerja balik, alhamdulillah.
Sepanjang aku tanam anggur, aku tolong isteri aku buat kek dan biskut.
Isteri aku pernah confess dekat sini, (harap admin tak share link) dan alhamdulillah ramai yang membantu kami. Sangat membantu.
Ada yang masih membantu sampai sekarang. Terima kasih aku ucapkan.
Isteri aku dah selamat lahirkan anak kami yang Allah kurniakan walaupun ambil perancang, dan alhamdulillah juga, sepasang dah cahaya mata hasil pengorbanan isteri aku.
Elok dapat khabar pregnant, aku dibuang kerja. Isteri aku tak sedih.
Tapi dia minta aku bantu dia dalam bisnes. Bisnes dia pun memang betul betul zero lagi masa tu.
Aku dengan tak tau apa, buat jela apa yang mampu. Aku dah cakap dengan isteri, aku akan usahakan apa yang jadi tanggungjawab aku.
Tapi isteri aku sumpah hati suci, dia pulak bersengkang mata nak cari belanja.
Dengan bawak perut dengan alahan yang teruk, anak sulung pulak baru nak pandai tantrum,
Isteri aku giat cari peluang buat itu ini untuk tambah pendapatan selain nak tambah ilmu bakery dia.
Slow slow dia join pjj yang buat promo murah murah, sekarang ada la penambahbaikan.
Pendekkan cerita, bulan lepas kami dapat rumah sewa yang dah kami usahakan cari hampir setahun, (sekarang tinggal dengan mertua).
Jujurnya, mertua aku okay dengan aku, tapi tak dengan isteri aku. Yes, anak dia.
Nak cerita nanti panjang sangat. Jadi aku skip part tu.
Isteri aku teruja sangat sangat bila dapat rumah dan dia pulak yang berazam nak kumpul duit deposit RM 1k lebih.
Kadang kadang geram jugak sebab dia buat aku macam tak wujud pulak haha. Asyik nak usaha sendiri.
Nak makan burger RM3 pun nak korek tabung tak nak susahkan aku.
Jadi aku diam diam simpan azam buat overtime hari hari nak kumpul jugak deposit rumah tu.
Maha Besar Allah, selang dua hari ada hamba Allah bantu untuk deposit rumah tu sepenuhnya.
Hamba Allah ni memang selalu sangat tolong aku dan isteri, kalini dia bukak tabung untuk kumpul deposit rumah.
Dia sendiri terkejut ada penderma yang sumbangkan 1k lebih.
Dia wasap isteri aku, dia tanya apa yang isteri aku buat sampai ada orang sudi tolong isteri aku sampai macam ni sedangkan tak kenal langsung isteri aku.
Hamba Allah tu kenal isteri aku dari cerita isteri aku yang dulu jugak, terima kasih banyak aku ucapkan.
Aku baca wasap tu lewat malam, isteri dah tidur. Aku tenung wajah isteri yang lena. Betul, aku tak dapat nafikan, isteri aku memang murah rezeki. Pergi mana mana orang suka.
Hari kami akad nikah, tu la first time family besar aku jumpa dia. Tapi semua sukakan dia. Sampai ke hari ni, kalau dengar isteri nak balik kampung, semua excited.
Kalau sebulan tak balik, semua bertanya sampai ada nak sponsor duit minyak.
Bila aku baca wasap hamba Allah tu, (isteri aku panggil kawan syurga), baru aku terperasan sangat benda benda ni. Apa isteri aku buat sampai orang sayang dia macam ni?
Aku belek belek lagi wasap dia. Chat dia dengan tuan rumah yang nak sewa. Ada banyak chat.
Isteri aku gigih save banyak no tuan rumah yang dia jumpa di fb.
Kebanyakkannya mahal, kami tak mampu. Dan walau kami tak jadi berurusan, di hujung perbualan, isteri aku selitkan doa untuk tuan rumah tu.
Dia doakan tuan rumah tu dapat penyewa yang dapat jaga rumah baik baik dan dimurahkan rezeki.
Banyak tuan rumah yang cuba kurangkan harga dengan dia, tapi yela bukan boleh kurang banyak pun. Masih di level kami tak mampu.
Memang aku kagum sekejap. Dia chat online seller walaupun setakat tanya harga, dia doa seller tu dimurahkan rezeki sebab dia belum mampu beli.
Adik beradik dan mak ayah dia suka gunakan dia, dia tak merungut.
Bila dia penat sangat emosi, dia mengadu dengan kawan syurga dia yang bukak tabung deposit rumah kami.
Dia tak mengadu dengan aku. Dia takut aku benci family dia. Padahal aku tau je. Aku jenis suka perati.
Dekat setahun aku tanam anggur buat kerja dekat rumah, menipu kalau aku tak perasan layanan double standard dekat isteri aku.
Tapi dia tak simpan dendam. Malam ni marah, terasa hati, esok dah sejuk hati belanja anak sedara walaupun dengan RM2.
Isteri aku tak lokek bersedekah. Tiap kali balik kampung, ada je benda dia nak buat nak sedekah dekat family atau sedara sedara aku. Tak duduk diam langsung.
Dalam seminggu kalau tak bersedekah, dia boleh termenung lama. Dia korek korek la tabung dia tu pergi beli susu dengan sirap, buat aiskrim untuk sedekah hari hari dekat budak budak main petang petang tu.
Ada orang bagi sedekah dekat dia barang dapur, dia sedekah separuh dekat abang ipar aku.
Tu sedekah, jangan cakap pulak kalau dia dapat banyak order. Lagi la sakan dia bersedekah.
Dia kata tu tanda syukur dia. Pulak tu sedekah atas nama customer. Sebab sudi beli dengan dia.
Satu lagi yang aku perati, kalau orang minta tolong dia doa, dia bukan setakat doa dalam wasap. Dia bangun 3 pagi buat tahajud/ hajat, doakan orang tu.
Mana aku tau? Sebab kalau dia nak solat tu, dia akan kejutkan aku minta tolong tengokkan baby kalau nangis.
Dia kata, “tolong tengok baby ye, ada orang minta tolong saya. Moga moga Allah tolong kita jugak”
Tak jadi aku nak layan ngantuk. Huhu. Sejak aku dapat kerja, dia jarang kejut aku.
Tapi dia pastikan baby betul betul lena supaya dia tak solat terburu buru.
Masa pembaca cerita dia tolong dia, bengkak bengkak mata tiap malam menangis syukur dekat Allah.
Sampai mak mertua tanya kami ada gaduh ke, huhu. Siap ada list nama orang yang tolong dia. Satu satu dia sebut dalam doa.
Hidup isteri aku nampak serba kekurangan pada orang luar, tapi kebesaran Allah pada dia, aku je tahu.
Dan aku sumpah kagum. Dia tak pernah berkira, jarang merungut.
Niat aku kahwin awal dengan dia sebab nak keluarkan dia dari kena buli dengan keluarga dia, tapi tak sangka aku pun jatuh tersungkur tak mampu bagi dia bahagia.
Phone dia rosak pun aku tak mampu baiki. Dah la beli phone secondhand, rosak pulak. Sedangkan dia guna fb untuk meniaga dan cari ilmu.
Gaji aku sekali pun dia tak pernah sebut pasal nafkah dia. Sibuk lagi nak belikan aku baju sebab baju aku nampak lusuh.
Sedangkan dekat 3 tahun kahwin, hanya 3 helai baju aku pernah belikan untuk dia. Huhu hina sangat rasanya jadi suami macam tu.
Tak malu untuk aku katakan, aku sayang isteri aku. Aku hargai dia. Aku harap Allah pinjamkan dia lebih lama untuk aku.
Sebab dia baik sangat, aku takut sangat Allah ambik dia cepat huhu.
Doakan isteri aku dipanjangkan umur ye semua. Dan doakan hati aku tetap pada isteri aku, dan aku murah rezeki untuk berbelanja lebih untuk isteri aku.
Jangan salah faham pulak, sekarang pun aku ada belanja, cuma tak dapat mewah. Isteri aku tak suka barang mahal, suka makan je.
Sedih aku bila tengok dia makin kurus lepas kawen dengan aku. Nak belikan dia baju, mesti bawah RM20. RM25 pun mahal dekat dia, huhu.
Doakan jugak anak anak aku jadi anak soleh solehah dan urusan pindah rumah kitorang dimudahkan.
Sorry kalau tak paham cerita aku. Aku tak pandai menulis macam isteri aku, huhu.
Isteri aku tak dapat baca pun cerita aku ni sebab dia takde fb dah. Sebab tu aku berani tulis. Takde la muka macam udang kena bakar, hahaha.
Aku nak kena claim ke aku ada tolong buat kerja rumah, jaga anak semua? Tak claim kang orang ingat aku biar isteri aku buat sorangs sorang plak.
Masa cerita isteri aku dulu pun ada kecam aku sebab isteri aku yang susah susah nak fikir psal duit.
Aku tau woii korang kecam aku huhu bukan aku goyang kaki lepas tanggungjawab, tapi isteri aku yang tak boleh tengok aku susah sorang sorang.
Masa tu dia stress sebab kena tipu member je. Aiyoyo. Tu pun dah seminggu pos semua order baru aku tahu dia tulis cerita tu dekat sini, huhu.
Panjang sangat dah ni. 4 hari baru habis type cerita ni.
Akhir kata, jangan ada yang share dekat wasap isteri aku pulak ye. Aku tak nak ada drama pulak balik kerja kang huhu. Thanks…
Reaksi Warganet
Enn Albab –
Bila bace kisah isteri confessor ni teringat satu confession dari ibu mertua memuji aruwah menantunya. Tak silap saya nama aruwah menantunya Madihah.
Masih terngiang ngiang penceritaan cikgu tersebut betapa terserlah kebaikan sebelum dan selepas aruwah tiada.
Hanya cite yang elok elok sahaja di dengari . Banyak pengajaran dari cite confessor dan cikgu tersebut.
Saya doakan confessor dan isteri confessor di murahka rezeki oleh Allah dan di permudahkan segala urusan yang segera dan tertunda ameen
Nur Alia Saqina –
Semoga murah rezeki semoga makin bahagia awak berdua.
Thank you sebab hargai isteri awak. Spread the love, tunjukkan cara awak sayang isteri.
Semoga dengan cara tu, semua yang melihat pun punya cita cita untuk bahagiakan isteri, family.
Now I feel like want to have a beautiful family jugak, nak hargai suami jugak.
Semoga kita smua sama sama capai impian masing masing, aaminn
Syarifah Hazwani –
Saya rasa isteri encik bukan nak buat sorang sorang semua tu, dia announce supaya encik alert. Dia tengah usahkan sesuatu, kalau dua orang yang usaha hasilnya lebih baik dari satu orang je usaha.
Walau saya perempuan, saya setuju dengan statement perempuan ni complicated. Luah lain, dalam hati lain. Renung renungkan.
Suryani bte Ahmad –
Terharu baca. .. Untung isteri tuan, dan untung juga tuan dapat isteri macam tu. Alhamdullilah. Ya Allah semoga tuan dan isteri dilimpahkan rezeki yang luas, dikurniakan bahagia hingga ke jannah. Amin. Doakan saya habis belajar dengan jayanya. terima kasih.
BACA:
Agong anugerah ‘Datuk Seri’ kepada Mohamad Sabu
Menu Rahmah RM5 untuk B40: Ini info yang wajib anda tahu