Teringin ada masa dengan anak tapi hutang keliling pinggang, wanita ini menyesal 35 tahun jadi ‘hamba kerja’.
REZEKI tidak akan datang bergolek dan harus diusahakan dengan iltizam serta kesungguhan.
Namun begitu, di sebalik semangat membara untuk mengejar nikmat dunia, ramai yang terlepas untuk menghargai erti kehidupan yang sebenar.
Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang mula terbuka mata mengenai keseimbangan antara karier gilang-gemilang dan masa bersama insan tersayang.
Bekerja merupakan rutin wajib yang perlu dilakukan untuk kelangsungan dan kesenangan hidup (Gambar hiasan, Freepik)
Melalui satu ciapan tular di Twitter, segalanya bermula apabila wanita itu ditemukan dengan seorang ahli perbankan ketika duduk semeja dalam sebuah majlis perkahwinan.
“Hari tu masa pergi wedding ni, ada duduk satu meja dengan stranger ni. Dia adalah seorang banker, dia bekerja dengan satu bank yang terkemuka dalam negara.
“Menceritakan tentang kehidupannya, beberapa kali dia cakap yang dia hilang 35 tahun momen dengan anak-anak sepanjang tempoh 35 tahun dia bekerja,
“Sepanjang dia bekerja, dia tak ada masa sangat dengan anak-anak. Dalam tempoh 35 tahun itu dia terlalu sibuk dan hanya fikir untuk masa depan.
“Sampai terlupa untuk hargai masa kini,” kata wanita itu yang teguran tersebut ibarat halilintar memetir hati.
Waktu terus berputar dan apabila hari persaraan akhirnya memanggil, ahli perbankan tersebut mula merasai kekosongan.
Aku teringin nak ada masa dengan anak-anak tapi aku ada hutang keliling pinggang yang perlu dilunaskan.
WARGA MAYA
“Tahu-tahu, 35 tahun berlalu. Dia bersara. Anak semua dah besar. Rindu anak pun dah tak guna, masing-masing dah ada life sendiri.
“Harta ada, sebab itu yang dikejarkan. Cuma rasa penyesalan pun turut mengiringi, sebab 35 tahun kehidupan seolah-olah disia-siakan dan ia tidak boleh diganti.
“Pengajaran yang aku dapat, hargailah masa kini. Memang kita kena secure masa depan, cuma jangan terlalu taksub dan tamak mengejarnya.
“Sehingga hilang kenikmatan masa kini,” ujar wanita itu dengan rasa pilu menjalar hati.
Sebahagian ciapan balas warga maya.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkongsikan perspektif masing-masing dalam hal ini.
“Perlu diingat keutamaan setiap orang berbeza-beza. Ada yang nak berkeluarga, ada yang nak berkerjaya, ada yang nak bina legasi dan ada yang jenis santai.
“Ia terpulang kepada kita, kita yang akan mengorak perjalanan hidup masing-masing. Kita tak akan boleh dapat semua, ada yang boleh diambil dan ada yang perlu dilepaskan.
“Walaupun aku kalau sebolehnya nak yang terbaik untuk anak, tapi belenggu kewangan membuatkan aku fikir untuk bekerja. Kalau harapkan pendapatan suami sahaja, memang tak boleh.
“Bekerja atas keperluan bukan pilihan. Aku teringin nak ada masa dengan anak-anak tapi aku ada hutang keliling pinggang yang perlu dilunaskan. Semoga aku dimurahkan rezeki dan boleh jadi suri rumah,” kata sebahagian warga maya.
BACA:
Lelaki ini menang saman isteri, dah kenapa pula saman isteri sendiri? Rupanya ini yang jadi