Tergamak dia curang dengan cikgu taska anak sendiri, bila minta cerai mulalah keluar air mata jantan”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Siapa menyangka individu yang diharapak mengajar anak adalah orang yang sama sanggup menyondol suami orang.

Lebih menjijikkan si suami bagi pelbagai alasan untuk tidak bersama kononnya penat sedangkan baru selesai ‘dating’ dengan perempuan lain.

Seorang wanita, Amy (bukan nama sebenar) nekad memindahkan anaknya serta memohon untuk bercerai dengan suami.

Hai nama aku Amy. Aku kahwin umur 30 tahun dan dikurniakan anak, dua tahun kemudiannya dan empat tahun selepas itu dapat lagi seorang anak.

Hati aku hancur. Aku lanjutkan pelajaran jadi hujung minggu aku sibuk. Suami aku rupanya bercinta dengan cikgu taska anak-anak.

Tergamak dia curang dengan cikgu taska anak sendiri, bila minta cerai mulalah keluar air mata jantan”

Biasalah kita mak, mak akan rapat dengan cikgu taska anak kitakan. Kita sharelah hujung minggu busy ada kelas hari Sabtu, Ahad.

Jadi anak-anak kena hantar pengasuh, sebab kesian suami pula kena mengasuh. Ada sorang cikgu ni tawar diri untuk mengasuh, buat part time kata dia.

Sebab bujang lagi hujung minggu tak ke mana-mana boleh hantar rumah dia. Rupanya dia buat part time juga menyondol suami orang. Laki sendiri pun boleh tahan gatal.

Mula-mula aku hantar sendiri anak-anak ke rumah cikgu. Tak lama lepas tu suami tawar biar dia yang hantar sebab tak nak aku terkejar masa nak ke kelas awal pagi.

Aku gembira dapat suami yang memahami. Bila dah kantoi, baru aku perasan. Suami rajin hantar anak ke taska juga. Patutlah nak jumpa kekasih hati.

Aku ni yang husnuzon je bangga suami rajin mengasuh anak hantar ke taska, aku rasa kurang laa sikit nak berkejar ke sana ke mari.

Macam mana kantoi? Satu hari tu, aku bawa kereta suami sebab minta tolong dia hantarkan kereta aku pergi servis. So aku baik hati nak hantar car wash.

Masa budak basuh kereta ni kemas-kemas kereta tu jumpa handphone kat celah-celah seat kereta tu.

Aku cakap ni bukan telefon aku, tapi bangla car wash tu bagi aku juga, nanti kalau hilang dia tak nak bertanggungjawab.

Jujur dan amanah bangla ni jika nak bandingkan dengan laki aku. So aku buka telefon ni. Dan macam tak percaya apa ada dalam kandungannya.

Cukup merentap hati aku. Gambar selfie bersama, gambar makan dengan anak-anak aku sekali.

Whatsapp yang sangat mesra mengalahkan aku laki bini. Berapa kali telefon tu terlepas dari tangan aku sebab menggigil tahan marah.

Aku melalak dekat car wash tu, dan bangla tu macam buat dosa kat aku. ‘Kakak, jangan nangis kakak. Jangan ini macam kaka.k Saya tak buat apa dekat kakak”.

Memang aku nangis kuat-kuat sebab aku macam tak percaya suami yang aku kasihi sampai aku sanggup korbankan apa saja untuk dia khianat aku macam ni.

Aku berhempas pulas bahagiakan dia, tak ada duit, aku hulur. Makan minum aku jaga baik, sebelum ke kelas hujung minggu aku masak, aku layan baik ini balasan yang aku dapat.

Patutlah akhir ni dah kurang tatap wajah aku, patutlah makan sikit-sikit aje. Patutlah tak layan pillow talk dengan aku. Patutlah dah jarang buat aktiviti bersama.

Alasan penat, alasan nak tidur awal, banyak alasan. Mesej aku pun dah short form je k,k,k,k. Layanan berubah drastik sangat.

Dan aku dapat jawapan setelah memadu kasih selama enam bulan. Cepat betul manusia berubah.

Aku terus screenshot aku terus whatsapp suami. Dia terus call aku tapi aku tak ada hati nak jawab sebab hati aku berkecai!! Ya hati aku berkecai.

Aku drive balik rumah sambil melalak, sampai tak nampak jalan nak drive sebab banjir dengan air mata yang tak mampu aku nak sekat sekat lagi.

Kejamnya wahai suami! Aku tanya kenapa?Jawab lelaki buaya adalah skrip yang sama “abang tak tahu, abang minta maaf”.

Tapi lepas tu buat lagikan? Ingat senang ke nak putus hubungan macam tu? Aku terus hubungi taska, aku nak berhentikan anak aku dari sekolah situ.

Aku sanggup cari taska lain daripada aku hadap muka pompuan tak malu tu. Sama je dengan laki aku, lelaki tak tahu malu dan tak reti bersyukur.

Pengetua taska tanya kenapa tetiba nak berhentikan anak, rugi bayar yuran tahunan beribu. Aku cakap je terus terang, cikgu kat sini sondol suami saya.

Hati aku sakit. Sakit sangat! Aku rasa dikhianati dengan suami aku, cikgu taska tu. Aku jijik. Sebab tengok gambar mereka memang macam laki bini.

Aku bukan nak hina, masa kerja cantik manis bertudung, nak sondol laki orang terbang semua hijab atas kepala tu.

Laki aku kata sayang, fikir anak-anak sayang. Habis masa dia keluar ‘dating’ dengan cikgu taska tu dia tak fikir apa kesan dekat anak-anak? Dah salahkan aku pula. Yang curang tu dia, bukan aku.

Aku terus bagi kata putus malas dah aku nak fikir kalau tak nak aib tersebar, kita cerai cara baik.

Kalau dia degil tak nak ceraikan aku aku terpaksa tuntut fasakh dan buka aib dia untuk tuntut hak aku. Bukti ada dah kat aku.

Jijik aku nak simpan manusia macam ni. Depan anak-anak boleh buat maksiat. Sakit hati aku!! Kenapa aku nk beri peluang pada manusia yang lukakan hati aku.

Kahwinlah dengan cikgu taska kesayangan tu, yang muda, cantik manis lagi. Cukuplah pergunakan aku dalam kehidupan kau. Maaf aku tak dapat terima.

Baca juga: “Aku menyesal bagi dia kerja, alasan nak kerja atas dasar nak bantu aku sekali lain pula dia buat dengan adik angkat dia!”