Terengganu tunggu kelulusan kementerian kewangan sebelum umum bonus, netizen sindir kalau tak lulus nanti salah kerajaan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.

Namun, situasi berbeza berlaku di Terengganu, di mana kerajaan negeri masih menunggu kelulusan kewangan

Daripada Kementerian Kewangan (MoF) sebelum dapat membuat pengumuman mengenai bonus tersebut.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, ketika ditanya mengenai jumlah bonus yang akan diberikan,

Beliau menjelaskan bahawa proses ini memerlukan persetujuan daripada pihak MoF.

Terengganu tunggu kelulusan kementerian kewangan sebelum umum bonus, netizen sindir kalau tak lulus nanti salah kerajaan

“Dalam banyak keadaan, apa yang kita ingin umumkan dari segi angka dan jumlah, kita perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu (daripada MoF).

Setelah mendapat pengesahan bahawa ia boleh diberikan, barulah kita laksanakan,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa beberapa perkara berkaitan masih dalam proses, dan surat permohonan telah dihantar kepada MoF beberapa bulan lalu. “Apabila kelulusan diterima, barulah ia boleh dilaksanakan, termasuklah isu bonus dan sebagainya. Insya-Allah,” ujarnya.

Kesimpulannya, penjawat awam di Terengganu diminta untuk bersabar sementara menunggu pengumuman jumlah bonus yang akan diberikan setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

BACA:Ingatkan diwarnakan, rupanya wujud pisang warna biru, rasanya macam vanilla!