Terdesak nak pakai duit, ibu tergamak rancang penculikan anak sendiri

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Seorang wanita tergamak merancang penculikan anak lelakinya sendiri bersama beberapa rakan lelakinya

Hanya untuk mendapatkan wang mudah daripada bapa mangsa yang merupakan suami sendiri, lapor laman berita Oddity Central.

Kanak-kanak berusia 2 tahun itu diragut daripada tangan ibunya ketika mereka berada di tepi jalan.

Terdesak nak pakai duit, ibu tergamak rancang penculikan anak sendiri

Dua suspek menaiki motosikal dan bertopi keledar menghampiri wanita itu dan melarikan anaknya.

Orang awam kemudian melaporkan penemuan seorang kanak-kanak berdasarkan gambar mangsa di sebuah apartmen di Caribe Verde.

Ketika serbuan polis di rumah penculik itu didapati mangsa dijaga oleh seorang pemuda.

Apabila polis menyoal pemuda itu, suspek mengaku dia adalah kawan kepada ibu budak berkenaan. Dia diminta menjaganya selama beberapa hari untuk memeras ugut wang 60 juta peso (RM5.06 juta) daripada bapa mangsa.

Media Colombia melaporkan bahawa kanak-kanak berusia 2 tahun itu kini berada dalam jagaan bapanya, sementara ibunya menunggu pertuduhan di penjara.

BACA: Kenapa perlu tutup lampu sebelum tidur? Ramai tak sedar apa kaitannya dengan kesihatan badan