Terbongkar akhirnya ahli politik ni yang bantu Lim Goh Tong dapat 14 ribu ekar tanah di Genting?

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Siapa ahli politik yang bantu Lim Goh Tong dapat 14 ribu ekar tanah di Genting?

Idea pembangunan di Genting Highlands bermula dari seorang ahli perniagaan,

Tan Sri Lim Goh Tong pada 1963 ketika beliau berada di Cameron Highlands.

Impian beliau ialah menginginkan tempat percutian gunung dalam keadaan sejuk yang boleh dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tan Sri Lim dikatakan bekerja keras dalam membangunkan Resorts World Genting (pusat penginapan Genting Group).

Terbingkar akhirnya ahli politik ni yang bantu Lim Goh Tong dapat 14 ribu ekar tanah di Genting?

Walaupun pelbagai perkara yang dihadapi oleh beliau bersama jurutera dan juru ukur, mereka tidak berputus dan terus bersemangat dalam membangunkan Genting Highlands.

“Saya jatuh cinta dengan hutan ini dan berjanji untuk mengubahnya menjadi tempat peranginan impian saya.” – Tan Sri Lim Goh Tong, dipetik dari laman web Genting Berhad.

Pada 27 April 1965, Tan Sri Lim berjaya membuka Genting Highlands Berhad bersama dengan Tan Sri Haji Mohamed Noah bin Omar (bekas speaker yang pertama (1959 – 1964) dan ketiga (1969-1970).

Beliau juga berjaya berjaya memperoleh persetujuan untuk pemilikan tanah seluas 12,000 ekar dan 2,800 ekar dari Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor masing-masing antara tahun 1965 dan 1970.

Pada 18 Ogos 1965, pasukan teknikal dan pembinaan memulakan projek yang memerlukan empat tahun untuk membuat jalan masuk dari Genting Sempah ke puncak Gunung Ulu Kali. Alaaa… siapa yang familiar mesti tahu jalan naik ke Genting Highlands tu, dia punya curam mak aihh takut doh!

Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia mengiktiraf peletakan rasmi batu asas untuk hotel pertama syarikat itu, menandakan selesainya jalan masuk ke puncak gunung.

Haaa…daripada sinilah…

Tan Sri Lim mendapat kelulusan pusat perjudian melalui mesyuarat Kabinet

Tan Sri Lim & Tunku Abdul Rahman bersemuka. Imej dari The Star.
Menjelang 28 April 1969, Tunku Abdul Rahman bersetuju meluluskan permohonan Tan Sri Lim Goh Tong mengendalikan pusat perjudian itu.

Kejayaan memperoleh lesen kasino pertama negara itu melalui ucapan Tunku Abdul Rahman semasa beliau mengunjungi Genting Highlands buat pertama kali pada 31 Mac 1969 untuk meletakkan batu asas Highlands Hotel (sekarang Theme Park Hotel).

Tunku Abdul Rahman menyatakan beliau terharu dengan usaha Tan Sri Lim dalam mem­ba­ngunkan sebuah pusat penginapan di kawasan pergu­nungan tanpa sebarang bantuan kerajaan yang banyak menyumbang terhadap perkembangan industri pelancongan negara.

“Untuk mempercepatkan pembangunan pelancongan di kawasan terpencil itu ujar beliau, kerajaan akan memberi pertimbangan yang menggalakkan jika Genting memohon untuk mengendalikan sebuah kasino. Kata-kata Tunku itu memberi perangsang kepada saya, serta merta saya membuat keputusan untuk meningkatkan bilangan bilik Highlands Hotel yang akan dibina itu kepada 200 bilik.” – Tan Sri Lim Goh Tong, dipetik dari Pena Aspirasi.
Tan Sri Lim berkata permohonan lesen kasino itu dihantar pada 28 April 1969 serta diluluskan enam jam kemudian kerana secara kebetulan mesyuarat Kabinet diadakan pada petang hari tersebut.

Semasa perbincangan mengenai pusat perjudian dalam mesyuarat Kabinet, Tunku Abdul Rahman telah bertanyakan pendapat kepada Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman tentang permohonan untuk mengadakan sebuah kasino di Genting Highlands.

Mereka bertiga di Genting Highlands. Imej dari Rigelkent.
Info tambahan, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman merupakan seorang doktor perubatan yang dilatih di Singapura dan Melbourne, memasuki politik Malaysia pada tahun 1951 ketika dia dipilih sebagai Naib Presiden UMNO.

Tun Dr. Ismail menyokong pendapat itu kerana beliau beranggapan, sebuah kasino yang berlesen akan membendung aktiviti-aktiviti perjudian di luar kawalan undang-undang dan akan mempercepatkan pembangunan industri pelancongan negara.

Beliau juga berpendapat apabila ada kasino di atas kawasan tinggi, ia akan lebih memudahkan mengawal soal keselamatan kerana hanya ada satu jalan masuk ke pusat peranginan itu. Disebabkan tiada sebarang bantahan daripada anggota Kabinet yang lain, maka lesen kasino itu segera diluluskan oleh kerajaan.

“Kemudiannya, pada petang itu juga, hanya enam jam selepas saya menghantar permohonan, saya menerima berita baik bahawa permohonan itu telah diluluskan dan saya diminta datang mengambil surat kelulusan itu. Demikianlah Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasino yang pertama dan yang satu-satunya di negara ini.” – Tan Sri Lim Goh Tong, dipetik dari Pena Aspirasi.
Oh ye, Tan Sri Lim berkata beliau bernasib baik menghantar permohonan mendapatkan lesen kasino itu sebelum Peris­tiwa 13 Mei 1969 yang berlaku tidak lama lepastu.

“Saya yakin kalaulah saya lambat sedikit menghantarkan permohonan, saya tidak akan diberi lesen kasino di tengah-tengah keadaan politik yang sensitif ekoran peristiwa tersebut. Hal ini terbukti apabila suatu permohonan lesen kasino oleh pihak lain selepas peristiwa itu ditolak, sekali gus mengesahkan dasar yang dinyatakan oleh kerajaan bahawa lesen kasino tidak akan diluluskan lagi.” – Tan Sri Lim Goh Tong, dipetik dari Pena Aspirasi.

Nasib baik sempat! Imej dari Imgflip.
Genting Highlands yang dianggap mustahil bagi rakan Tan Sri Lim

Nampak tak perbezaannya? Imej dari Resorts World Genting.
Projek pembangunan Genting Highlands yang mula dilaksanakan sebenarnya pernah dianggap tidak munasabah oleh rakan-rakan Tan Sri Lim goh Tong sendiri apabila beliau memberitahu tentang keputusan untuk membuat pusat penginapan di atas gunung.

“Sebenarnya projek Gen­ting cukup unggul menurut ukuran saya, orang lain tidak berminat, maka tiadalah persaingan. Saya menceburinya meskipun banyak risiko dan saya meneruskannya de­ngan cekal.

Apabila saya menge­nang kembali, terlintas juga rasa kagum akan keberanian sendiri, berkata kepada semua yang mencemuh: Ketawakanlah saya sepuas hati, saya tetap akan naik ke gunung itu.” – Tan Sri Lim Goh Tong, dipetik dari Pena Aspirasi.

Kejayaan beliau dalam membangunkan Genting Highlands ni sebenarnya pernah mendapat pujian Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah yang berke­nan merasmikan Genting Highlands pada 30 Januari 1972.

Bukan itu saja, kalau korang tengok sekarang, Genting Highlands menjadi pusat pelancongan popular di Malaysia. Hal ini kerana mereka yang dari luar negara akan datang untuk bercuti di sini kerana faktor fasiliti dan pesekitaran.

BACA: Nyanyian pelancong Jepun undang reaksi orang ramai “Dia punya ‘feel’ tu nampak sangat memang peminat Wings”