“Tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis”, rumah tenggelam banjir tapi sejadah dan al-quran kering rupanya ini yang jadi.BEBERAPA kawasan di Johor kini dilanda banjir teruk dengan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat setakat pagi Khamis.
Fenomena air pasang yang mengakibatkan keadaan banjir itu bagaimanapun turut menyaksikan satu kejadian luar biasa.
Menerusi video yang tular di media sosial, sebuah rumah dimasuki air banjir, namun sehelai sejadah termasuk senaskah al-Quran tidak basah selepas surut.
Berkongsi pengalaman kepada mStar, Nur Hidayah Raja Norkamalrudin yang menyewa rumah tersebut bersama keluarganya berkata, kawasan perumahan teres dua tingkat di Taman Aman di Kota Tinggi, Johor itu mula dinaiki air bermula awal pagi Rabu.
Ketika kejadian, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu dia sekeluarga berada di Johor Bahru dan dimaklumkan oleh jiran mengenai perkara tersebut sebelum bergegas pulang ke rumah.
“Air banjir mula naik kira-kira pukul 3.30 pagi. Jiran telefon beritahu rumah dah dinaiki air paras pinggang. Suami ajak balik ke Kota Tinggi, tapi jalan ke rumah dah tak boleh masuk.
“Selepas itu, paras air naik sampai cecah hidung. Banjir mula surut semalam, kira-kira pukul 4 petang dan kami balik semula untuk tengok keadaan rumah.
“Masa masuk rumah tu keadaan memang berlecak penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur,” katanya kepada mStar.
Taman Aman di Kota Tinggi, Johor, dilanda banjir.
Kata Hidayah, kedudukan ruang solat itu terletak di antara dapur dan tangga untuk naik ke tingkat atas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu
View this post on Instagram
“Pintu sliding pecah terbuka dari landasan, habis barang-barang dapur ‘berubah’ ke ruang tamu termasuklah dua peti sejuk besar sampai ‘terbaring’.
“Bukan setakat sejadah, alas untuk letak sejadah juga tidak basah dan tiada lumpur. Saya tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.
Keadaan ruang solat dengan al-Quran tidak terjejas dengan banjir.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia tidak menyangka kejadian luar biasa yang membabitkan sehelai sejadah dan senaskah al-Quran itu berlaku di rumah sewanya.
“Sedangkan telekung dan kain pelikat yang digantung di dinding ruang solat pada kedudukan lebih tinggi tetap basah dan ada kesan lumpur.
Tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis.
“Lebih mengejutkan kami apabila lantai yang menempatkan alas dan sejadah memang berlumpur. Tapi alas dan sejadahnya tidak.
“Selama ini saya hanya tengok kejadian macam ini menerusi video di Facebook, tak sangka saya sekeluarga sendiri mengalaminya,” ujarnya.
Keadaan di tingkat bawah rumah selepas banjir surut.
Menurutnya lagi, kebanyakan perabot dan kelengkapan di tingkat bawah rumah sewanya rosak akibat banjir.
Selain alas, sejadah dan al-Quran, Hidayah yang mengusahakan bisnes makanan turut memberitahu rehal untuk meletakkan kitab suci itu di ruang solat turut kering.
“Hebatnya kuasa Allah… Tuhan tu nak jentik kita, beri peringatan kepada umat manusia yang kadang-kadang melakukan dosa.
“Banjir dah surut semalam, tapi hari ini pun hujan lagi. Ada jalan di kawasan sini dah tutup. Harap tak ada gelombang kedua (banjir),” katanya.
Antara barang-barang yang rosak akibat banjir.
Sebagai peringatan, penemuan sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyarakat.
Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tersebut namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan, kerana Islam bukan begitu.
BACA:
Jijik betul! Dah habis makan sebungkus nasi lemak, sekali tengok ada telur katak dalam tu
Akhirnya Shila Amzah dedah kisah sebenar pergolakan rumah tangga ibu bapanya