Tengku Zafrul bendahari BN yang baru?

Oleh MHDAILY

Tengku Zafrul bendahari BN yang baru? Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos sedia berundur sebagai bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul Aziz memegang jawatan itu.

Jamal dalam kenyataan berkata BN Selangor amat memerlukan seorang individu “heavyweight” seperti menteri kewangan itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Justeru, beliau menggesa kepimpinan BN Selangor diterajui Noh Omar dapat mempertimbangkan hasratnya itu dalam usaha mengukuhkan gabungan berkenaan menjelang PRU15.

“BN Selangor sangat memerlukan seorang individu berkarisma ‘heavyweight’ seperti beliau untuk menghadapi PRU yang sangat mencabar.”

“Saya ingin menggesa kepimpinan BN Selangor mempertimbangkan cadangan ini untuk segera melantik Tengku Zafrul sebagai bendahari sejurus selepas saya meletak jawatan,” katanya.

Tengku Zafrul bendahari BN yang baru?

Tengku Zafrul bendahari BN yang baru?

Tegas beliau, keputusannya menarik diri adalah bagi memastikan Tengku Zafrul diberi peluang berada dalam barisan kepimpinan BN Selangor bersama kepimpinan sedia ada.

Jawatan berkenaan disandang oleh Jamal sejak 2019, bertanggungjawab penuh dalam aspek pengurusan kewangan dan pendanaan parti komponen BN di 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan DUN Selangor.

Jamal sebelum ini berkata beliau sanggup ‘mengorbankan’ dirinya untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul bertanding di Parlimen Sungai Besar pada PRU15 seterusnya diangkat sebagai “poster boy” BN Selangor.

BACA:

‘Ni ikhlas level lain ni’, Tengku Zafrul kaw-kaw kena kecam

Tengku Zafrul mungkin jadi ‘poster boy’ BN

SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi

Leave a Comment