Tengah ‘membuang’ pun buat content, Caprice dan isteri kena kecam teruk. Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih popular dikenali sebagai Caprice baru-baru ini telah menerima kritikan dari netizen di media sosial. Semuanya gara-gara video yang dimuatnaiknya ini di mana dia mengikut satu video yang trending di Tik Tok buat masa ini.
Bukan sahaja menerima kritikan dari netizen malah ada juga yang turut berasa kecewa melihat babak di dalam tandas yang dilakukan Caprice ini. Video tersebut yang juga dilakukan bersama-sama isterinya itu dimuatnaik di Instagram milik penyanyi rap itu.
Menerusi video yang dikongsikan ini, Caprice dan isterinya itu melakukan satu trend video yang cukup popular di Tik Tok menggunakan lagu Marry Me. Berdasarkan video yang dilakukan ini, difahamkan ianya adalah untuk mempromosikan jenama produk vape yang memiliki pelbagai perisa itu.
Apa yang mengundang rasa kurang senang netizen ialah babak di dalam tandas di mana Caprice dilihat duduk di mangkuk jamban sambil menampakkan peha dan boxer dipakai. Malah rata-rata netizen turut menganggap dia tidak perlu melakukannya sehingga begitu sekali semata-mata demi video tersebut.
Tambah netizen lagi, penyanyi rap itu semestinya lebih tahu mengenai batas aurat lelaki dan memilih babak yang sesuai untuk dilakukan. Meninjau di ruangan komen, netizen turut meninggalkan pelbagai komen dan meminta penyanyi rap itu untuk memadam sahaja video tersebut.
“Yang kat tandas tu takyah buat pun takpe kot.”
“Siyes lah kat toilet tu tak agak-agak bro.”
“Trend pun berpada-pada…”
“Kemain kutuk pasal orang…”
BACA:
Bincang tukar Ismail Sabri dalam mesyuarat MPT Bersatu, ini respon Faizal
Menitik air mata Mira Filzah tengok bayi lelakinya kena sunat
JPJ beri amaran keras kepada pemilik nombor plat ‘fancy’, bakal dipenjara