DALAM berbuat amal dan kebajikan, wajarlah ia dilakukan dengan meletakkan keikhlasan di hati.
Salah satu petanda yang menunjukkan seseorang itu benar-benar ikhlas membuat kebaikan adalah dia tidak menunjuk-nunjuk selepas menghulurkan bantuan.
Melalui satu perkongsian di Facebook, seorang lelaki terkejut melihat teknik yang digunakan seorang jemaah surau untuk menyembunyikan amalan sedekah yang dilakukannya.
Duit kertas di dalam tabung surau yang memberi pengajaran kepada seorang lelaki.
Menurut lelaki itu, dia sedang mengira duit dari tabung surau dan tiba-tiba matanya tertumpu kepada sekeping duit RM1 yang berlipat.
“Waktu tu tengah kira duit surau, tiba-tiba terjumpa duit seringgit ni berlipat, macam pelik pula tengok. Saya pun cuba buka lipatan duit RM1 tu, terkejut saya apabila lihat apa yang ada di dalam.
“Ada RM50 rupanya, duit seringgit tu dilipat untuk membalut duit RM50 di dalam. Saya rasa orang yang bagi ni dia faham ‘seni’ dalam bersedekah
“Moga tuan atau puan yang bersedekah untuk surau kami ni sentiasa dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat. Ya Allah jauhkanlah kami sifat riyak, permudahkanlan urusan rezeki kami di dunia dan di akhirat kelak.
“Sebagai makluman, sebelum ni selalu nampak orang post pasal lipat duit ni, sekali saya betul-betul dapat jumpa depan mata. Semoga jadi inspirasi untuk kita semua,” kata lelaki itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut kagum dan kini mampu untuk mendalami erti sedekah yang sebenar.
Benar-benar menghayati cara bersedekah, amal jariah bukan untuk dipamerkan kepada umum.
“Bagus jemaah tu, pandai menjaga hati dari riyak. Benar-benar menghayati cara bersedekah, amal jariah bukan untuk dipamerkan kepada umum, ibarat kita memberi dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu.
“Anak saya pernah dapat macam ni, waktu tu dia balik dari solat Jumaat, tiba-tiba ada seorang pakcik bagi dekat dia duit seringgit. Lepas selsesai solat, bila tengok betul, rupanya ada RM50, semoga dimewahkan rezeki pakcik tu.
Sebahagian komen warga maya.
“Saya sebagai pengira tabung masjid pun ada kisah, pernah terjumpa sampul duit ditulis ‘selamat hari raya’, bila buka sampul tu ada sejumlah duit RM50 yang bernilai RM1,000.
“Tiga hari berturut-turut dapat sampul yang sama, minggu depan pun sama ada lagi. Mungkin orang tu nak bayar niat, semoga murah rezeki dia,” komen sebahagian warga maya.