Tempoh kuarantin perlu dinaikkan kembali ke 14 hari – Najib

Oleh MHDAILY

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menaikkan semula tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian pengembara yang pulang dari luar negara daripada 10 hari sebelum ini kepada 14 hari.

Menurutnya, ini selepas pengumuman United Kingdom (UK) memerintahkan rakyatnya duduk di rumah disebabkan situasi Covid-19 yang tidak terkawal di sana akibat penularan mutasi baru yang merebak dengan kadar 70 peratus lebih laju dan tindakan itu juga menyebabkan lebih 10 negara dalam dunia melarang pelawat dari negara berkenaan.

“Jelas dalam graf bahawa jumlah kes Covid-19 negara kita telah naik semula akibat kelonggaran-kelonggaran diberi kerajaan walaupun kes baru setiap hari tetap tinggi seperti tiada lagi sekatan rentas daerah atau negeri serta tiada lagi had bagi jumlah penumpang dalam kereta, meja makan di restoran dan tempoh operasi perniagaan.

Baca Artikel Penuh