Teknik rahsia Maggi lawan persepsi buruk makanan tidak sihat, jualan makin meletop!. Brand yang paling banyak dapat bad perception : MAGGI
Namunnn.. 1.3 juta packs of Maggi Mee terjual setiap hari. (sumber dari superbrands dot com)
Maggi ni bukan kena kecam sikit-sikit. Dari doktor pakar sampai lah ke guru-guru, semua memang tak galakkan orang makan maggi..
Ramai giler tunjuk keburukan Maggi secara open.. Takde sorok-sorok.. Siap ada kempen boikot Maggi lagi 😆
Kta baru kena sikit dah meroyan haha!
So.. Apa Maggi buat?
Maggi cuba counter dengan kononnya keluarkan maggi yang lebih sihat. Tapi sebabkan perception orang dah negative terhadap Maggi, kempen tu kurang berkesan.
Maggi beralih kepada kempen untuk tunjukkan makan Maggi sedap. Kempen ni lagi padu. Main emosi gila babas. Bila main emosi ni, manusia dah tak pikir panjang..
Lupa dah kesan buruk Maggi terhadap kesihatan haha!
Pelbagaikan variasi. Top 2 Maggi punya flavour adalah Maggi kari dan Ayam (Tapi abam punya favourite always asam laksa 😄)
Tapi kalau ikutkan, belambak giler flavour Maggi ni kan? Manusia nak ada pilihan. So Maggi akan selalu keluarkan flavour-flavour baru ikut trend semasa.
Kalau tengah trend pedas, dia keluar la Maggi Pedas Kaw!
Buat banyak campaign contest masak Maggi. Semua dok masak Maggi & tunjuk dalam soc med. Terliur semua haha!
Apa point yang kita bole belajar?
Bad perception lawannya adalah good perception by others (salah satu cara). Maknanya jika ada terima bad perception, jangan lawan dengan fakta and apa pun. Tapi lawan dengan good perception dari orang lain.
Saya sendiri pernah ada pengalaman berada dalam dua brand besar yang pernah di kecam hebat. Satu produk kecantikan dan satu produk kesihatan.
Fakta : Sales makin meningkat walaupun sedang di kecam haha!
Sebab fokus kami waktu tu tunjuk perception orang lain (Testimoni & good feedbacks).
Tak usah guna fakta sangat. Sikit-sikit boleh. Susah nak ubah fikiran orang bila kena kecam. Just fokus on kekuatan kita sajaaa..
BACA:
Cermin kereta kena pecah, tindakan pantas pemuda ini berjaya tangkap penyamun di SS14
“Sebenarnya saya nak jual organ bukan nak derma, saya terpaksa..”