Teknik baru geng rewang department cuci pinggan, teknik basuh guna pasir curi tumpuan netizen

Oleh MHDAILY

Teknik baru geng rewang department cuci pinggan, teknik basuh guna pasir curi tumpuan netizen.

Kenduri merupakan satu majlis makan-makan yang menjemput saudara-mara, kawan-kawan dan juga ahli keluarga

Sudah semestinya ia meriah dengan memasak lauk-lauk kenduri, menghias majlis dan juga membersihkan serta mencuci pinggan mangkuk kenduri yang digunakan oleh tetamu.

Teknik baru geng rewang department cuci pinggan, teknik basuh guna pasir curi tumpuan netizen

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang membasuh pinggan dalam cara yang unik telah meraih tumpuan ramai.

Basuh pinggan guna pasir untuk kenduri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hanifwafi_ di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki sedang membasuh pinggan menggunakan pasir ketika rewang di sebuah majlis kenduri.

Rewang lebih menjurus kepada aktiviti yang dilakukan bersama-sama dalam bentuk kumpulan agak besar secara bergotong royong untuk menguruskan sesuatu majlis atau kenduri

Image from @hanifwafi_ (TikTok)

Mereka dilihat sibuk mencuci pinggan berwarna biru tersebut di kawasan yang dipenuhi tanah untuk disediakan bagi pihak tetamu di kenduri di Gerik, Perak.

Namun sebenarnya pada akhir video berkenaan, terdapat ramai lelaki yang sedang membilas pinggan tersebut dengan menggunakan air paip bersebelahan mereka. Tambahan pula, pasir itu dikatakan bersih dan merupakan tradisi turun temurun.

Difahamkan, pasir berkenaan juga digunakan untuk menghilangkan kesan minyak yang melekat di pinggan mangkuk.

@hanifwafi_ Replying to @aisyah. 08 ♬ original sound – Hanif wafi

“Ternyata di Malaysia juga ada yang pakai macam ni dan masih ada sampai sekarang mantap haha” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.1M views, 20.4K likes dan 326 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum kerana tradisi itu masih dikekalkan. Ada juga yang menyatakan pandangan masing-masing berkenaan kejadian itu.

BACA:

Walaupun belum sah jadi Bapa tiri, anak buah Emma Maembong dah panggil Cat Farish daddy rupanya..

Baru je 2 bulan jual biskut ‘Shelup-shelup’, sekali Shuhada nak tutup bisnes rupanya ini punca sebenar