Teguran terbuka buat penasihat Presiden Pas

Teguran terbuka buat penasihat Presiden Pas

Orang Seperti Presiden PAS, Tg Hj Abdul Hadi ( Ayah Chik), mengharapkan orang sekeliling menyambung naratif idea yang dibawanya, tetapi sebaliknya berlaku adalah Beliau terpaksa pula bekerja keras membaiki kesilapan orang orang sekelilingnya.

Kelemahan Ayah Chik, Husnu Zhon yang tinggi kepada orang sekeliling yang diberi kuasa sehingga mudah diambil kesempatan. Ini dapat dilihat dari sejarah Sejak 1999 lagi apabila terpaksa menanggung beban Pemerintahan Negeri Terengganu dan memangku Jawatan Ketua Pembangkang selepas kematian Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadhil Noor pada tahun 2002.

Ketika itu, Setiausaha Politik, yang diharap membantu Presiden, tetapi bersekongkol dengan SU Ketua Pembangkang merancang di belakangnya sehingga jatuh reputasi Beliau seketika ketika Ucaptama Pemangku Presiden di Klana Jaya.

Sekarang, ia berulang, apabila jawatan SU Politiknya, menjadi tangga untuk Menjadi Orang Penting dalam Dewan Harian dan mengatur Pilihanraya seterus mendapat laba yang besar selepas kemenangan 2018.

Orang yang dapat menterjemahkan Idea Beliau dengan naratif besar adalah Arwah Almarhum Dr Khazani, tetapi umur beliau tidak cukup panjang untuk membantu Tg Presiden PAS. Dalam masa Setahun setengah, amanah yang diberi beliau, Beliau menggarapkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai bekalan menghadapi PRU14.

Namun, idea Besar ini terhenti selepas ketiadaan beliau. Tidak ada usaha mengembangkan naratif Presiden PAS, sebaliknya lebih menunggang batang tubuh Presiden untuk mendapat kedudukan dan juga jawatan yang hebat.

Dengan Usia Presiden semakin senja dan pergerakan yang terhad, sememangnya beliau memerlukan maklumat, nasihat jujur dan kritis, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau terpaksa mengolah untuk membaiki keadaan akibat manipulasi sekeliling yang memakan reputasi beliau.

Sememangnya, kebiasaan Ulama Pejuang, mempunyai sikap menganggap orang sekeliling berjuang sepertinya. Ia bukan sekadar berlaku kepada dirinya, ia juga berlaku kepada Ulama Besar seperti Dr Yusuf Qaradawy. Ketika Perang Saudara Syria meletus, Dr Yusuf Qaradawy dikelilingi Pemimpin Politik Exile Syria yang berada di Turki memberi maklumat kepadanya. Akhirnya, Dr Yusuf Qaradawy membuat banyak kenyataan yang memburukkan Keadaan Politik Syria dan juga Mesir.

Saya kira, TG Presiden terus akan mengalami dilema ini, kerana menimbang Maslahah yang ada dari maklumat maklumat yang diberi di sekelilingnya yang kurang masak dan kritis. Melainkan, ada yang berani menyatakan dengan tegas di hadapannya dan sanggup menghadapi feedback yang keras daripada beliau pada peringkat awal.

Selagi tiada tindakan drastik, kita akan melihat PAS akan bertindak secara keliru dari masa ke semasa.

Saya berani sebut melalui pengalaman, kenal penasihat penasihatnya dan orang sekelilingnya.

Ahmad Hakimi Othman.
12 Februari 2021.
4.16 am.

Sumber :