Tayang barang kemas penuh tangan macam mami jarum lepas balik haji, sekali lain pula jadi bila LHDN nak datang rumah
Beberapa hari lalu, kepulangan seorang jemaah haji berusia 46 tahun bernama Suarnati Daeng Kanang
ke tanah airnya sesudah menunaikan ibadah haji cukup mengejutkan ramai.
Mana tidaknya, dia nampak mewah mengenakan pelbagai aksesori emas bermula dari atas kepala, rantai leher, gelang tangan beserta cincin.
Suarnanti gembira menunjukkan set emas seberat 180 gram
Saat ditanya oleh pihak wartawan di lapangan terbang, Suarnati yang berasal dari Makassar, Indonesia ini nampak malu-malu kucing memberitahu bahawa semua emas itu dibeli dengan harga 120 juta rupiah (bersamaan RM36,825)
Tindakannya yang menayangkan emas ‘sebadan’ kemudiannya telah menjadi tular lantas mengundang pelbagai persepsi
Suarnati dipanggil hadir ke lembaga cukai
@photoaja88 Manusia Emas Pulang dari Tanah Suci#haji #makassar #jgnfyp #indonesia #sulawesiselatan ♬ suara asli – Photoaja88
Siapa sangka, rakaman itu juga menarik perhatian pihak kastam dan juga lembaga cukai di sana. Mereka agak musyskil dengan kemampuan Suarnati membeli aksesori emas sebanyak itu dari Arab Saudi.
Disangka cuma viral biasa-biasa, Suarnati akhirnya dipanggil oleh pihak berautoriti untuk menjalani siasatan semalam.
@kompastvnews Pamerkan Emas 180 Gram, Jemaah Haji Suarnati Daeng Kanang Diperiksa Bea Cukai #VODKompasTV #tiktokberita ♬ original sound – Kompas TV
Jika emas itu bernilai lebih 7 juta rupiah (sekitar RM2,000+), maka Suarnati bakal dikenakan cukai.
Rupanya bukan emas tulen
Akhirnya, pihak pemungut cukai mengesahkan Suarnati bebas daripada pemotongan cukai. Hasil pemeriksaan mendapati, emas itu hanyalah barangan tiruan dan bukanlah emas tulen.
Suarnati kemudiannya mengaku ia hanya dibeli secara suka-suka untuk bergurau dengan rakan apabila pesawat mendarat. Harga sebenar aksesori terbabit cuma bernilai RM275 sahaja.
BACA: