Tarikh raya Aidiladha berubah atau tidak dalam kalendar? Ini jawapannya..

Oleh MHDAILY

Tarikh raya Aidiladha berubah atau tidak dalam kalendar? Ini jawapannya. Dari segi hisab, atau kiraan falak, anak bulan Zulhijah dijangka tidak memenuhi kriteria baharu ditetapkan, namun situasi itu mungkin boleh berubah pada petang hari rukyah. Demikian pandangan pakar falak ternama tanah air, Hanafiah Abd. Razak ketika ditanya jangkaan Hari Raya Aidiladha bulan depan susulan pelbagai ‘versi’ tarikh sudah dikeluarkan.

Ini termasuk takwim terkini disemak semula oleh beberapa jabatan mufti pelbagai negeri yang memaparkan hilal bagi bulan terakhir 1443H itu dijangka kelihatan pada petang 29 Zulkaedah. Jika kiraan itu tepat, tarikh 1 Zulhijah akan jatuh pada 30 Jun ini, manakala Hari Raya Korban di Malaysia akan disambut pada 9 Julai depan dan bukannya 10 Julai seperti dicetak kalendar.

Berbeza pula unjuran dibuat oleh Persatuan Falak Syarie Malaysia apabila menerusi hantaran dalam laman sosialnya menjangkakan secara hisab, anak bulan Zulhijah tidak akan kelihatan.

“Berdasarkan kiraan awal, saya menjangkakan hilal Zulhijah bakal lahir pada hari rukyah 29 Jun ini dengan usia anak bulan tersebut ialah lapan jam 48 minit ketika matahari mula terbenam. Bagaimanapun ketika atas ufuk barat di Pulau Perak, Kedah iaitu titik paling barat di Malaysia, ketinggian hilal ialah dua darjah 56 minit dengan jarak lengkungnya pula empat darjah 20 minit. Maka, anak bulan itu tidak memenuhi kriteria baharu imkanur rukyah atau kebolehnampakan dengan mata kasar yang ditetapkan sejak 9 Ogos 2021 lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut penetapan itu jelas Hanafiah, ketinggian hilal mesti tidak kurang tiga darjah sementara jarak lengkung antara bulan dan matahari di ufuk adalah tidak lebih enam darjah empat minit. Meskipun demikian jelasnya, ada kebarangkalian anak bulan itu boleh dilihat di skrin teropong khas digunakan panel cerapan sekiranya cuaca baik tanpa ada halangan awam atau kabus.

Tarikh raya Aidiladha berubah atau tidak dalam kalendar? Ini jawapannya..

Justeru beliau menyerahkan kepada pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang mungkin ada kejutan seperti berlaku pada Syawal lalu. Ketika itu, tiada sesiapa jangka Hari Raya Aidilfitri disambut sehari awal setelah hilal disahkan memenuhi kriteria di lokasi cerapan di menara kampus Universiti Malaysia Sabah di Labuan.

Situasi itu menyaksikan masyarakat Islam di Malaysia untuk kali ini tidak berpuasa genap 30 hari dengan tahun kali terakhir Ramadan hanya 29 hari pernah direkodkan ialah pada 2018 lalu. Keadaan berlainan pula berlaku pada petang 30 Mei lalu apabila hilal Zulkaedah tidak menepati kriteria yang menyebabkan bulan Syawal 1443H digenapkan 30 hari dan bukannya 29 hari.

Senario yang tidak diramalkan langsung itu membolehkan umat Islam di Malaysia dapat sehari tambahan lagi untuk ‘beraya’ pada 31 Mei lalu manakala 1 Zulkaedah cuma bermula 1 Jun. Ketika ini, terdapat sejumlah 29 tempat cerapan diwartakan oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.

Sehubungan itu, Hanafiah yang juga panel rujuk falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memohon umat Islam menunggu pengumuman rasmi tarikh Aidiladha 1443H pada 29 Jun depan.

BACA:

Rupanya kerap mimpi ngeri masa tidur petanda kena Parkinson

Hari akhir berniaga, Syahmi bagi bonus lumayan kepada pekerja air balang

Ifa Raziah tak pakai gelaran ‘Datuk’ sebab takut susah dapat tajaan

Leave a Comment