Tarif air Perak naik 5 sen selepas 18 tahun

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Tarif air untuk penggunaan domestik di Perak akan naik lima sen bagi setiap meter padu mulai 1 Mei ini, peningkatan pertama dalam tempoh 18 tahun

Penetapan kadar baru ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar purata 22 sen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Pejabat Menteri Besar Perak menyatakan bahawa kenaikan ini membabitkan kadar sebanyak 75 sen setiap meter padu,

Tarif air Perak naik 5 sen selepas 18 tahun

Berbanding dengan 70 sen bagi penggunaan sehingga 20 meter padu sebulan, manakala 21 hingga 35 meter padu ditetapkan pada kadar RM1.08 berbanding RM1.03.

Bagi meminimakan kesan kenaikan tarif kepada pengguna domestik, Lembaga Air Perak (LAP) akan memberikan rebat sebanyak 40 sen untuk setiap meter padu bagi penggunaan sehingga 10 meter padu pertama sebulan, yang bermakna RM4 sebulan.

“Dengan adanya rebat ini, kadar purata bagi penggunaan sehingga 20 meter padu dapat dikurangkan kepada hanya 55 sen bagi setiap meter padu berbanding 75 sen tanpa rebat.

Caj minimum bagi penggunaan domestik adalah RM7.50 sebelum rebat, dan selepas rebat, ia adalah RM3.50 berbanding dengan kadar sekarang RM3,” katanya.

Tambahnya lagi, penetapan tarif baru ini tidak akan menjejaskan program air percuma sebanyak 25 meter padu sebulan untuk golongan sasar dan program air percuma sebanyak 20 meter padu untuk rumah ibadat.

BACA: “Aku seram tiap kali raya sebab duit raya anak buah kena bagi sorang RM50, sedangkan aku tak mampu, bagi RM10 sampai sudah aku kena perli”