Aku Ida, berumur hujung 20an, bekerja sebagai executive di syarikat yang besar, baru sahaja mendirikan rumah tangga 10 bulan.
Suamiku Ali, berusia awal 30an, juruteknik di kilang berasal dari Jepun.
Kami berdua berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi sebab ibunya yang berkenan dengan aku.
Mula2 aku tolak mentah2, memang tak nak, aku nak bina kerjaya dulu, nak beli kereta, nak beli rumah, baru aku kumpul duit fikir pasal kahwin.
Tapi mak dia cakap, sampai bila? Ramai perempuan dekat luar sana umur dah 30 lebih tapi tak kahwin2 lagi, dah takde orang nak, waktu muda sibuk cari duit, bila dah tua tak laku.
Bila aku dengar statement ibu dia tu, aku terkejut, bagi aku pandangan tu agak kampung. Tidak ada istilah terlalu tua untuk berkahwin, kalau jodohnya tak sampai lagi takkan nak main sauk je laki tengah jalan, terus kahwin.
Bersungguh dia pujuk aku untuk berkenalan dengan anak dia. Aku tolak, tapi last2 terima jugak, sebab aku tak suka ibu dia mintak banyak kali. Tu pun aku cakap awal2, kenal je ya tak lebih dari tu.
Ali ni dia dah bercinta beberapa kali sebelum ni, tapi ex dia yang last sekali tu kantoi bawak lelaki lain masuk rumah, tu yang dia jadi trauma dengan perempuan, itulah apa yang aku dengar dari ibu dia. Katanya dia memang tak nak dah dengan mana2 perempuan, dia tak nak kahwin dah.
Mula2 kenal tu waktu chat, memang dry, maybe sebab kitorang dua2 tak nak pun kenal antara satu sama lain tapi sebab dipaksa oleh ibu dia, buat jugaklah. Tp aku tak taulah kenapa tiba2 dia terbuka hati, tiba2 dia mula layan aku baik, aku pun tak tau kenapa.
Dalam hubungan kitorang, ibu dia yang banyak main peranan, paksa kitorang keluar makan, ibu dia jugak yang beriya-iya bawak family dia dtg rumah aku nak kenal dengan mak aku katanya. Nak dijadikan cerita mak aku berkenan dengan si Ali ni.
Fast forward, kami bertunang dan akhirnya kami berkahwin. Sebelum kahwin, banyak red flags si Ali ni yang aku nampak tapi aku tak taulah kenapa, aku diamkan aje, aku tak cerita pun dekat mak aku. Kalau mak aku tau, aku rasa mak aku pun tak bagi aku kahwin dengan dia.
1st, dia dari mula kenal aku, dia dah berani pinjam duit aku, sejak dari tu, setiap minggu dia mintak duit aku dan tak pernah sekali pun dia bayar balik ya, sampai sekarang.
Sekali pinjam bukan RM10, 20 ya. RM300, RM500, RM700 pun pernah, ya aku tau aku bodoh, terlalu cepat percaya, terlalu cepat kesian, terlalu cepat sayang.
Red flag dia yang kedua, dia merokok. Setiap kali lepas makan mesti merokok, langsung tak hormat aku. Aku ni tak biasa bau rokok, arwah ayah aku, abang2 aku semua tak merokok.
Ada lagi lah beberapa yang aku perasan tapi aku bodoh, aku selalu fikir yang lepas kahwin nanti dia mesti berubah tapi realitinya?
Dari mula kahwin sampai lah sekarang aku kahwin setiap bulan aku bayar sewa rumah, kereta, bil api air, coway, barang2 dapur, belanja makan, duit rokok dia pun kadang2 mintak dekat aku.
Duit hantaran aku habis, takde sesen pun yang aku simpan untuk diri aku, semuanya untuk kami berdua, barang dalam rumah, semua beli pakai duit aku, perabot semua, tak cukup duit hantaran, duit mas kahwin pun dia guna, gelang emas waktu akad nikah tu pun dia pajak.
Aku yang sebelum ni hidup sorang2 boleh ada saving sampai RM4-5k, sekarang ni kosong, apa pun takde, gaji setiap bulan kena tanggung isi rumah untuk2 orang seolah2 macam aku lah suami. Gaji dia mana?
Gaji dia ada tapi tak banyak, basic RM1.8k, dia malas kerja, selalu mc sampai tak boleh ambil mc, boss dia suruh ambil unpaid leave, sebulan gaji dia masuk RM1.3k macam tu je. Itupun habis katanya, bayar hutang along. Lepas kahwin baru aku tau dia ada hutang along.
Macam2 benda aku tau lepas kahwin, dia ambil dadah, ibu dia tau tapi ibu dia sorokkan daripada aku, rupanya duit yang dia pinjam sebelum kahwin tu untuk beli dadah.
Tapi kalau tengok depan2, tak nampak pun dia ni orang macam tu, sebab dia still nampak segak, rupa-rupanya hmmm.
Sepanjang kami kahwin, dia memang layun aku baik mungkin segan sebab aku banyak keluar duit so kalau aku ajak pergi mana2 ke nak buat apa ke dia tak pernah tolak,
Terlampau baik sampai bila aku dah tau benda yang dia buat belakang aku, aku terkejut, macam tak percaya, dia macam orang lain belakang aku.
Dia memang berahsia dengan aku, password hp dia memang dia tak bagitau aku, media sosial dia pun takde satu yang aku tau, dia cakap takde, dia tak layan semua tu, rupanya tipu.
Satu hari aku jumpa fb lama dia, penuh gambar dia dengan ex dia, peluk2 pun ada, punya sayang email dia pun nama gabungan diorang, sekali dengan tarikh hari first diorang bercinta.
Aku cuba jelah try nasib kan, masukkan tarikh tu try bukak hp dia, terus bukak. Terkejut aku, dia tak tukar password hp dia walaupun dah kahwin dengan aku.
Dari situ lah aku tau satu per satu pasal apa yang dia buat belakang aku, dia ambil dadah, dia mesej perempuan lain belakang aku, pasal sebelum kahwin dia pernah tidur dengan ex dia, check in hotel banyak kali pun pernah,
Lepas kahwin ni dia tak cari ex dia, tapi dia cari perempuan lain, dekat wechat dia penuh chat dia dengan perempuan semua conversation lucah, aku sumpah terkejut, aku menangis teresak-esak fikir apa salah aku,
Aku selalu masak untuk dia setiap hari walaupun aku busy kerja, aku selalu hulur duit, duit belanja die pergi kerja pun aku yang bagi tiap hari, aku layan family dia baik, aku jaga mak ayah dia bila diorang masuk hospital. Apa yang kurangnya aku ni sampai dia cari perempuan lain?
Kadang2 sedih, aku selalu dengar sebelum kahwin, perempuan yang baik untuk laki2 yang baik begitu juga sebaliknya.
Aku sebelum kahwin tak pernah sentuh mana2 lelaki, aku jaga kehormatan aku, tapi aku sedih, akhirnya aku ditakdirkan kahwin dengan lelaki yang pernah disentuh oleh ramai wanita.
Aku sedih sangat, aku tak tau nak buat apa, aku tak tau nak cerita dekat siapa. Buruk suami aku, satu pun mak aku tak tau. Sampai sekarang mak aku masih sayang suami aku macam anak dia. Aku tak nak hampakan perasaan kedua orang tua kami, apa patut aku buat?
Airmata aku dah kering dah menangis, aaku makin tawar hati dengan suami aku, jijik pun ada sebab walaupun dah kahwin dia boleh offer perempuan tidur rumah kami waktu aku takde dekat rumah, siap tanya, kalau tak nak datang rumah, dalam kereta nak tak?
Allahuuuu, kereta aku tu, atas nama aku, aku yang bayar tiap bulan, duit minyak semua aku support, dia dengan muka tak malu bawak pergi kerja tiap hari, tayang kereta kononnya tu kereta dia, umpan perempuan lain.
Aku tak boleh nak taip dah, tangan aku menggigil bila teringat satu persatu apa yang aku jumpa dalam hp dia.
Sampai disini saja yang aku boleh ceritakan. Aku harap ada yang boleh kongsikan, berikan pendapat untuk keadaan aku sekarang.
Terima kasih sudi baca cerita aku yang tunggang langgang ni, doakan aku kuat ya. Sekian.