Tandas awam sekangkang kera ini dibina dengan kos RM8 juta

Oleh MHDAILY

Tandas awam sekangkang kera ini dibina dengan kos RM8 juta. Pihak pentadbiran bandar raya San Francisco di negeri California, dijangka membelanjakan sehingga AS$1.7 juta (RM8 juta) untuk membina sebuah tandas awam kecil, lapor laman RT kelmarin.

Tandas awam itu dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan diharap dapat mengurangkan aduan penduduk mengenai penemuan najis manusia di kawasan kaki lima yang semakin serius.

Beribu-ribu aduan mengenai najis manusia di kaki lima bandar raya itu diterima setiap tahun. Ini kerana adalah sukar untuk menemui walau sebuah tandas awam di San Francisco sehingga penduduk bertindak membuang air besar di kaki lima jalan.

Pemimpin-pemimpin setempat dijadual berhimpun pada petang Rabu depan untuk memaklumkan kejayaan mereka memperoleh pembiayaan negeri untuk tandas mahal tersebut.

Kemudahan itu dilaporkan hanya bersaiz 150 kaki persegi dan tidak akan tersedia untuk digunakan sehingga tahun 2025, jika semuanya berjalan mengikut rancangan.

Tandas awam sekangkang kera ini dibina dengan kos RM8 juta

“Penambahan walau hanya sebuah lagi tandas awam di bandar yang terkenal dengan bilangan kemudahan yang sangat sedikit adalah berita bagus.

“Namun kos pembinaan yang ‘gila’ ini menunjukkan banyak perkara yang tidak kena dengan pentadbiran bandar kita,” kata seorang kolumnis, Heather Knight.

Wakil rakyat, Matt Haney memberitahu Knight bahawa dia berusaha untuk mendapatkan pembiayaan negeri selepas diberitahu anggaran kos oleh Jabatan Rekreasi dan Taman bandar itu.

“Mereka memberitahu saya kos anggarannya adalah AS$1.7 juta maka saya usahakan dana AS$1.7 juta,” jelas Haney.

Anggaran kos itu bersamaan hampir empat kali ganda tanda harga median sebuah rumah di AS, menurut data perumahan kerajaan terkini.

BACA:

Ini janji Anwar jika jadi PM: Nak kurangkan gaji dan bilangan kabinet

Kecoh satu taman, nenek 55 tahun kena rogol oleh sekumpulan lelaki

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor buka jawatan kosong, mohon sekarang