Tanah Runtuh | 13 kenderaan terkandas di Bukit Fraser

Oleh MHDAILY

Polis mengesahkan 13 kenderaan terkandas di antara dua timbunan tanah yang runtuh di Jalan Bukit Fraser-Raub, kira-kira 230 kilometer dari Kuantan, sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata semua mereka dipercayai terkandas selepas tidak dapat turun ekoran laluan terputus di KM2 jalan itu, dan usaha untuk berpatah semula ke Bukit Fraser tidak berjaya kerana berlaku tanah runtuh di KM4 jalan sama.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Buat masa ini, sebilangan besar mangsa sudah dibawa naik semula ke Bukit Fraser dengan bantuan polis dan orang kampung, selepas mereka berjalan kaki menyeberangi kawasan yang terhalang dengan tanah runtuh.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

“Keutamaan diberikan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Sebahagian lagi masih dalam usaha untuk dikeluarkan sebelum dibawa ke Bukit Fraser untuk bermalam hari ini,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.

Kama Azural berkata pihaknya sudah berhubung dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuala Kubu Bharu, Selangor, untuk membersihkan runtuhan yang berlaku memandangkan laluan dari Raub juga sudah terputus.

Dia turut mengesahkan hari ini berlaku runtuhan di tiga lokasi di Jalan Bukit Fraser-Raub yang dipercayai berlaku ekoran hujan berterusan sejak semalam.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557468