Tan Sri ‘G’…Dari ejen syarikat rokok ke jutawan pemilik pelabuhan Westports!
Tan Sri ‘G’…Dari Ejen Syarikat Rokok Ke Jutawan Pemilik Pelabuhan Westports!
SELAMAT berehat di hujung-hujung minggu ni beb. Hari ini aku nak bawa korang menelusuri sebuah kisah yang cukup memberikan inspirasi pada aku dan aku percaya pada korang juga.
Ia mengenai cerita Tan Sri G. Gnanalingam atau lebih dikenali sebagai Tan Sri G. Beliau ni bukan datang dari keluarga kaya.
Bekas penuntut Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi ini nyaris tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Malaya bila mendiang bapanya meninggal dunia.
Nasib baiklah pada saat-saat akhir, beliau menang satu pertandingan ‘teka silang kata’ dalam akhbar Malay Mail dan memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 untuk beliau membayar yuran pengajian!
Tan Sri G mendedahkan kerjanya pertamanya adalah menjadi ejen rokok untuk syarikat Malaysian Tobacco Company. Emaknya hampir pengsan ketika itu bila tahu beliau akan bekerja dengan syarikat rokok!
Namun kegigihan Tan Sri G membuatkan beliau naik dari satu tangga ke satu tangga hingga berjaya menjadi Pengarah Pemasaran dalam usia 34 tahun.
Apabila kerajaan mengharamkan pengiklanan rokok dalam media, Tan Sri G lah yang menghasilkan idea agar iklan rokok ditukar dengan iklan pakaian, fesyen dan pelancongan – tetapi masih guna jenama rokok yang sama.
Akhirnya walaupun iklan rokok tak boleh keluar, tetapi syarikat rokok still dapat mempromosi jenama mereka atas nama baju, fesyen etc. Kreatif tak?
Ketika beliau dalam usia 40an, stesen TV3 mula dilancarkan. Ini menyebabkan nama RTM terus tenggelam, pengiklan juga lari kepada TV3 hingga kerajaan pening kepala macam mana nak bantu RTM yang semakin kontang poketnya.
Masa ni Tan Sri G dapat idea. Beliau berhenti kerja dari syarikat rokok itu dan menubuhkan sebuah team yang dinamakan ‘G-Team Consultant’.
Pasukan itu kemudiannya membantu ‘menyusun semula’ program di RTM termasuk membawa masuk program kartun.
Akhirnya daripada hilang pendapatan lebih separuh dari TV3, Tan Sri G berjaya.