Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara mulai hari ini

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara mulai hari ini

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 akan ditutup sementara mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan semua pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan.

“Pelanggan juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPR yang telah dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, Permohonan Baharu dan Kemaskini maklumat BPR,” kata LHDN menerusi kenyataan.

Bagi Ppendaftaran MyBPR pengguna boleh layari https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf.

Manakala untuk permohonan baru dan kemaskini boleh capai di https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf. –MG

COMMENTS