Taktik founder kosmetik ini terbongkar, “buat-buat jadi jutawan je sebenarnya”

Oleh MHDAILY

Taktik founder kosmetik ini terbongkar, “buat-buat jadi jutawan je sebenarnya”. Kebanyakan founder produk kosmetik dan kecantikan di Malaysia ini mengamalkan gaya hidup mewah dan selalu tayang kemewahan mereka di media sosial.

Namun, tanpa ramai ketahui bermegah dan menunjukkan kekayaan kepada dunia luar itu adalah salah satu cara mereka untuk ‘menipu’ orang.

Seorang individu telah tampil dan mendedahkan cara sesetengah pengasas kosmetik terkenal gunakan untuk tarik agent dan pelanggan.

Individu yang tidak mahu namanya dikenali itu turut menyeru rakyat Malaysia untuk unfollow semua pengasas kosmetik dan tidak memberikan mereka perhatian yang dimahukan.

Kata individu ini, mereka tayangkan kemewahan untuk memperdaya netizen yang hidup susah dan sedang memerlukan wang ringgit supaya menjadi agent.

Taktik founder kosmetik ini terbongkar, "buat-buat jadi jutawan je sebenarnya"

Kau nak tahu macam mana dia jadi jutawan sedangkan produk dia tak pernah pun nampak orang pakai? Tak pernah nampak pulak dijual dekat pasar raya? Sebab AGENT IALAH PELANGGAN FOUNDER.”

Beli timbang kilo, letak sticker jenama

Berikut adalah perkongsian lanjut individu itu:

  • Founder beli produk timbang kilo. Tampal sticker jenama mereka dan jual secara pukal kepada agent
  • Agent menggunakan wang berpuluh ribu untuk membeli stok daripada founder
  • Produk tidak terkenal, tidak berkesan dan tiada yang membeli menyebabkan agent terpaksa tanggung kerugian
  • Founder sudah dapat semua wang kerana semua stok sudah terjual secara pukal kepada agent

Salahkan agent tak reti buat ‘marketing’

Jelasnya lagi, mereka akan salahkan agent kerana tidak tahu membuat ‘marketing‘ yang bagus untuk menjuak produk. Jadi founder akan menyuruh agent sertai kelas pemasaran dan mereka perlu mengeluarkan duit sekali lagi untuk membayar yuran itu pula.

Keluar lagi duit beribu nak bayar kelas marketing dia yang sebenarnya haram apa pun tak berguna. Lepas tu ulang balik kitaran di atas tu.”

Mengakhiri perkongsiannya, individu ini berharap agar orang Melayu tidak tertipu dengan helah kebanyakan pengasas kosmetik yang menggunakan cara ini untuk menjadi kaya raya dan ‘claim‘ produk mereka habis terjual.

Dia juga berpesan kepada orang lain yang menjadi pelanggan supaya tidak membeli kosmetik jenama pelik-pelik untuk digunakan setiap hari.

Sebaliknya, beli saja kosmetik atau produk penjagaan wajah yang dijual di farmasi seperti Watsons dan Guardian kerana lebih murah dan selamat.

BACA:

Marqeen selamba cium artis Indonesia buat peminat tak selesa

Terkini: Najib pecat firma Zaid Ibrahim urus kesnya

Pasangan muda kantoi buat hubungan ketika naik roda Ferris