Tak tahan hadap rumah sewa ‘keras’, gadis menangis lepas di sergah makhluk halus

Oleh SURIANI HAMDAN

Gangguan makhluk halus sering menjadi pengalaman yang menakutkan, terutama ketika seseorang berada sendirian di rumah

. Kebiasaannya, mangsa akan membaca ayat-ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri.

Namun, jika gangguan berlanjutan, mereka mungkin mendapatkan bantuan ustaz atau perawat untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun begitu, di TikTok, seorang gadis bernama Ica mencuri perhatian

selepas berkongsi kisah lucu mengenai pengalamannya dengan gangguan makhluk halus di rumah.

Tak tahan hadap rumah sewa ‘keras’, gadis menangis lepas di sergah makhluk halus

Menurutnya, gangguan tersebut hilang sebaik sahaja dia menangis kerana terlalu letih untuk ‘melayan’ kehadiran makhluk itu.

“Pernah kena masa sewa rumah dekat Cheras. Malam tu balik kerja penat gila.

Lepas tu baring dengan tak mandi, tak buka tudung lagi. Kemudian aku dengar dia menangis lama juga. Aku pun cakap, ‘Penatlah. Kau senanglah, nangis je tak fikir kerja, bayar sewa, makan lagi.’

“Akhirnya aku yang menangis sambil membebel masalah hidup. Terus benda tu tak kacau dah. Mungkin sebab kehidupan aku lebih sedih daripada hantu,” tulis Ica, mengundang gelak tawa netizen.

Cerita Ica ini mendapat perhatian ramai, dan beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa.

Seorang guru dikenali sebagai Rose, misalnya, berkata gangguan di rumah kuartersnya lenyap selepas dia memarahi makhluk halus dengan bahasa kasar.

“Dulu duduk kuarters sendirian di pedalaman. Gangguan macam langgar sliding door atau selimut terbang sendiri. Masa tu penat sangat, aku maki terus. Lepas tu, hilang sampai sekarang,” cerita Rose.

Seorang wanita lain pula berkongsi pengalamannya di sebuah hotel di Batam, Indonesia.

“Kami pergi Batam, masuk bilik hotel terus aku cakap, ‘Jangan ganggu, aku baran kalau tak cukup tidur.’ Esoknya, kawan bilik sebelah mengadu kena ganggu, tapi aku dengan kawan sebilik lena je,” katanya.

Pelbagai kisah ini menunjukkan pendekatan berbeza orang ramai dalam berdepan gangguan makhluk halus, sama ada dengan keberanian, humor, atau ketegasan.

BACA: Tak sangka! Rupanya Afrika Selatan bukan nama sebuah negara