Pasangan suami isteri telah menuntut bayaran ganti rugi daripada Singapore Airlines (SIA)
Akibat tidak berpuas hati ditempatkan di sebelah seekor anjing sepanjang penerbangan mereka dari Paris ke Singapura
Menerusi laporan Stuff, Gill dan Warren Press mahu syarikat penerbangan tersebut mengembalikan wang
untuk tiket penerbangan 13 jam mereka kerana pengalaman tidak menyenangkan selepas anjing berkenaan kentut, mengeluarkan air liur dan mendengus.
Tambah pasangan itu, mereka membeli dua tempat duduk ekonomi premium dalam penerbangan SIA. Berikutan kejadian yang tidak dijangka, mereka beralih ke tempat duduk ekonomi dan duduk di sebelah anjing penumpang lain yang mengeluarkan air liur dan kentut sepanjang perjalanan.
Pasangan itu berkata, mereka tidak dimaklumkan akan duduk di sebelah anjing sebelum penerbangan itu.
Saya mendengar bunyi dengusan yang kuat. Saya ingatkan ia telefon suami, rupa-rupanya ia kerana anjing itu bernafas.
Ujar Gill, lebih memburukkan keadaan, haiwan itu mula kentut di tengah penerbangan dan mengambil ruang kaki Warren.
Penumpang tidak boleh membawa anjing itu keluar di lorong kerana akan menyebabkan troli tidak dapat melalui lorong. Ia bermakna kepala anjing itu berada di bawah kaki suami saya. Suami saya berseluar pendek, dan terkena air liur anjing itu di kakinya.
Berikutan daripada itu, pasangan berkenaan mengadu kepada seorang pramugari dan ditawarkan dua tempat duduk dalam ekonomi yang dikhaskan untuk kakitangan SIA. Di samping itu, Gill dan Warren diberi jaminan bahawa mereka akan dihubungi oleh syarikat penerbangan itu selepas mereka mendarat.
Bagaimanapun, pasangan itu berkata, ia mengambil masa dua minggu untuk syarikat penerbangan itu menghubungi mereka dengan permohonan maaf dan menawarkan dua baucar masing-masing bernilai AS$73 (kira-kira RM341).
Gill dan Warren menganggap bayaran itu tidak setimpal serta mendakwa syarikat penerbangan itu mengambil masa hampir sebulan untuk membuat tawaran balas iaitu baucar perjalanan bernilai NZ$200 (kira-kira RM553), namun mereka enggan kerana inginkan bayaran balik penuh.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio