Sijil Halal adalah satu dokumen rasmi yang mengesahkan status halal bagi semua produk atau perkhidmatan, mengikut skema Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak berwibawa.
Ini di bawah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang bertugas menjelaskan keperluan yang mesti dipatuhi dalam pengurusan skema ini.
Skema Pensijilan Halal Malaysia terbahagi kepada tujuh kategori, termasuk produk makanan atau minuman atau makanan tambahan,
premis makanan atau hotel, barang gunaan, kosmetik dan penjagaan diri, rumah sembelih, farmaseutikal, dan logistik.
Oleh itu, peniaga atau syarikat yang mengeluarkan produk perlu memperoleh sijil Halal ini sebagai bukti bahawa barangan atau produk yang dijual telah disahkan oleh pihak JAKIM.
Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat yang mesti dipatuhi untuk memohon sijil tersebut. Berikut adalah syarat-syarat permohonan sijil Halal Malaysia.
Syarat-syarat permohonan pensijilan Halal Malaysia
Berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM, Domestik 2020), Syarat- syarat pensijilan halal Malaysia ialah seperti berikut.
Pertama, pemohon perlu memiliki Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang masih sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Perakuan Pendaftaran Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Dokumen Penubuhan di bawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing dan lain-lain agensi Kerajaan (yang mana berkaitan).
Kedua, pemohon perlu memiliki lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan atau surat sokongan yang masih sah daripada mana-mana agensi Kerajaan.
Ketiga, pemohon juga perlu memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM (jika berkaitan).
Keempat, pemilik juga perlu memiliki Skim Pensijilan Veterinar atau surat perakuan atau surat sokongan darioada JPV (jika berkaitan).
Kelima, pemohon perlu memilki Lesen Pengilang yang masih sah daripada NPRA (jika berkaitan).
Keenam, pemohon perlu memiliki Lesen Establismen daripada MDA (jika berkaitan).
Ketujuh, perniagaan mestilah beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan SPHM bagi permohonan baharu.
Kelapan, bagi syarikat yang berpindah lokasi di premis baharu perlu beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
Kesembilan, pemohon juga perlu mengeluar dan mengendalikan produk halal sahaja termasuklah produk dagangan (trading product) serta mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.
Kesepuluh, pemohon boleh membuat permohonan SPHM ke atas semua jenis produk atau menu yang dihasilkan di premis berkenaan.
Kesebelas, pemohon perlu mengemukakan sijil halal yang diiktiraf dan masih sah laku bagi permohonan pembungkusan semula produk; atau mengemukakan dokumen sokongan yang jelas menyatakan sumber bahan (bagi bahan semula jadi sahaja).
Dua belas, nama syarikat, produk, menu, ramuan dan jenama produk yang dimohon hendaklah tidak menggunakan pernyataan ‘halal’ atau sebarang representasi atau diperihalkan dengan cara lain yang menunjukkan ia boleh digunakan oleh orang Islam