Tak sempat sampai Malaysia, sindiket seludup Rohingya ke Malaysia tumpas di Indonesia. Polis Indonesia menumpaskan sindiket penyeludupan pelarian etnik Rohingya dari Aceh ke Malaysia yang didalangi lelaki warga Myanmar etnik Rohingya.
Menurut laporan media tempatan, lelaki berumur 24 tahun itu ditahan pada 6 Februari lepas ketika hendak memasuki kem pelarian di Yayasan Mina Raya Pidie, Aceh.
Ketua Polis Pidie, Imam Asfali berkata, lelaki itu mengaku menjadi agen kepada ‘bos besar’ yang berada di Malaysia untuk membawa keluar tujuh orang pelarian.
“Semakan mendapati individu berkenaan masuk ke Indonesia secara tidak sah pada 24 Januari melalui Dumai, Riau dan telah diserahkan kepada Imigresen Indonesia untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sebelum ini, sindiket itu cuba membawa keluar pelarian di kem Lhokseumawe, Aceh ke Medan untuk diseludup ke Malaysia dengan kerjasama seorang etnik Rohingya, Bodu Zaman
BACA:
Jana Wibawa perkasakan ekonomi siapa sebenarnya? Pemimpin PN atau rakyat sebenarnya?