Tak sempat merasa, Caprice dedah mangsa nahas helikopter TLDM kena scam kutu emas

Oleh FAHMI ABBAS

Hingga kini, rakyat Malaysia masih meratapi tragedi yang melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Darat Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terjatuh di Lumut, Perak.

Kemalangan itu meragut nyawa sepuluh anggota tentera TLDM dan antara mereka adalah Lakar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Namun, seorang lelaki mendedahkan bahawa mendiang Joanna Felicia didakwa pernah ditipu oleh penjenayah dalam talian.

Ditipu, Minta Tolong Kawan

Melalui hantaran di Instagram oleh pengguna bernama @Caprice, seorang lelaki mendedahkan bahawa salah satu akaun penjenayah

Tak sempat merasa, Caprice dedah mangsa nahas helikopter TLDM kena scam kutu emas

Dalam talian yang didakwa menipu mendiang Joanna Felicia, yang sehari sebelum kemalangan meminta bantuan dari isterinya.

Mendiang tersebut telah menghubungi Jira (isterinya), memberitahu mengenai penipuan yang dialaminya, dan meminta bantuan.

Akaun penjenayah itu dikatakan mempromosikan perkhidmatan ansuran untuk pembelian emas, dan urus niaga dilakukan melalui aplikasi WhatsApp. Mendiang Joanna Felicia dilaporkan tidak menerima barang walaupun sudah sampai gilirannya.

Terkejut Kerana Tidak Dapat Membantu
Mendiang telah cuba mendapatkan haknya sejak Oktober tahun lepas, tetapi tidak berjaya. Isteri lelaki itu telah berhubung dengan penjenayah tersebut namun tidak mendapat balasan.

Kini, isteri lelaki tersebut sangat terkejut kerana tidak sempat membantu rakan mereka sebelum kemalangan helikopter berlaku.

“Sekarang Jira sangat terkejut kerana permintaan terakhir mendiang tersebut. Sekarang aku dan Jira cuba mendapatkan duit tersebut untuk anak dan keluarga mendiang,” kata lelaki itu.

Menurut tangkapan skrin mesej WhatsApp yang dipaparkan dalam video, isteri lelaki itu telah memberitahu tentang kematian mendiang, tetapi penjenayah tersebut hanya mahu berurusan dengan waris mangsa.

“Kau tak rasa kasihan ke? Boleh pula kau cakap kat Jira… ‘Jira ni family dia ke?… Jira bagi contact family dia dengan akak, biar family dia direct dengan akak,'” kata lelaki itu.

Keluarga mangsa mungkin masih bersedih dengan kehilangan Joanna Felicia, namun tidak salah untuk isterinya meminta semula haknya, kerana itu adalah permintaan terakhir mendiang.

Di dalam ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman mereka yang pernah ditipu oleh penjenayah dalam talian tersebut.

Semoga kes ini cepat diselesaikan.

BACA: “Madu ingat suami aku kaya, company tu aku punya, sekali aku pergi umrah doa supaya dapat madu lagi satu, tak sangka makbul!