Tak sempat angkat sumpah lagi, ADUN baharu Nenggiri sudah tunai janji

Oleh SURIANI HAMDAN

Tak sempat angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri lagi, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani,

Beliau yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) dua minggu lalu, sudah pun menepati janjinya dengan membawa kemudahan mesin ATM ke kawasan tersebut.

Setakat ini, tiga mesin ATM telah disediakan, masing-masing di Kampung Jerek, Bertam Baru, dan Rantau Manis.

Kemudahan keempat akan ditempatkan di Jeram Tekoh minggu depan, memastikan seluruh kawasan DUN tersebut mendapat akses kepada mesin ATM.

Awie luahkan rasa syukurnya kerana usaha beliau untuk memberikan kemudahan kepada penduduk DUN Nenggiri dipermudahkan.

Tak sempat angkat sumpah lagi, ADUN baharu Nenggiri sudah tunai janji

“Jika sebelum ini penduduk menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan wang, kini masalah tersebut telah diatasi. Empat mesin ATM diletakkan di lokasi yang strategik, dianggap selamat, dan mudah diakses oleh penduduk,” katanya.

“Setiap pagi, perkara pertama yang saya lakukan adalah memeriksa telefon bimbit dan membaca masalah penduduk yang disampaikan kepada saya.

“Antara isu yang sering diajukan adalah masalah kesihatan dan bantuan sara hidup. Saya perlu menjadi penghubung antara penduduk dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Insya-Allah, dengan amanah yang diberikan ini, saya akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya

BACA: Pelajar perubatan jadi jutawan segera, jumpa harta peninggalan pemilik asal bernilai RM8.1 juta