Tak sekolah, Suhaimi Saad memang tak nak anak ada degree, master dan PhD

Oleh MHDAILY

Tak sekolah, Suhaimi Saad memang tak nak anak ada degree, master dan PhD. Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Malah, Suhaimi juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Terbaru, Suhaimi ada menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengenai pembelajaran anak-anaknya itu sekiranya mereka tidak menduduki peperiksaan.

Menurut Suhami, mungkin cara pemikirannya berbeza namun keutamaannya hanyalah untuk mendapatkan keredaan daripada Allah.

“Saya cuba jelaskan, pertama sekali, saya nak korang faham yang cara fikir, cara hidup dan matlamat hidup saya tak sama seperti orang kebanyakkan tapi saya tak pernah merasakan saya ini yang terbaik.

“Tujuan saya belajar dan bagi pendidikan serta ilmu pada anak-anak adalah jelas. Kita belajar kerana Allah. Belajar untuk dapatkan ilmu, beramal dan berbakti pada diri, keluarga agama, bangsa dan negara.

“Sijil degree, master dan phd semua nombor dua atau tiga. Itu bukan matlamat dan sasaran kita yang utama,” katanya.

Tak sekolah, Suhaimi Saad memang tak nak anak ada degree, master dan PhD

Kata Suhaimi lagi, berdasarkan apa yang dilihat ramai yang mempunyai ilmu namun ia membuatkan mereka terleka serta lari daripada matlamat hidup yang sebenar.

“Saya pernah masuk tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mahad tahfiz dan UIA, saya perhati ramai orang yang ada ilmu, kelulusan dan jawatan tapi solat pun tak.

“Bila mereka dapat jawatan, dia mengamalkan riba. Bila ada kedudukan, dia beri dan terima rasuah. Dia pecah amanah dan tiada intergriti. Ilmu, kelulusan, sijil dan jawatan ada. Jadi, saya tidak mahu ini berlaku pada anak-anak.

“Kita hidup di dunia ini dengan matlamat untuk kekal di syurga. Dunia ini cuma jambatan sahaja. Jadi, sijil bukan keutamaan.

“Memang saya tahu ada yang menganggap sijil ni penting sangat tapi bukan bagi saya. Ramai yang saya kenal belajar di pondok dan tahfiz, hidup mereka lebih berjaya dan kehidupan mereka lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun, Suhaimi berkata dia tidak menghalang jika suatu hari nanti anaknya mahu mengambil ujian atau peperiksaan khusus serta mahu menyambung pelajaran.

“Kehidupan ini bukan dinilai melalui sijil, kelulusan atau kedudukan. Yang tengok baik buruk kita, berjaya atau tidak ini hanya Allah. Kejayaan itu harus dinilai dari sudut pandang Allah SWT dan bukan manusia.

“Kalau nak sangat sijil nanti bila dah cukup umur, boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah-sekolah yang berhampiran. Kita dudukilah SPM tahun tu belajar betul-betul. Bila dah dapat sijil bolehlah nak sambung ke mana-mana yang kita mahu,” katanya.

Suhaimi dan Ina dikurniakan empat anak, n 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

@mosusofficial Reply to @shahrimhazrie sijil bukan jaminan seseorang tu berjaya dan dapat pekerjaan yang baik #fyp #viral #sijil ♬ original sound – Suhaimi Saad


BACA:

Habis ‘comot’ Uqasha Senrose main lumpur, sekali lain pula yang netizen perasan

Rupanya boleh ambil barang kepunyaan hotel sebelum ‘check-out’