Kelaziman penuntut semester pertama untuk menghadapi minggu orientasi apabila memasuki universiti.
Dalam tempoh ini, fasilitator dari kalangan pelajar senior akan melaksanakan pelbagai aktiviti dengan pelajar junior.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang dipercayai dirakam oleh seorang pelajar semester pertama di UITM Segamat, yang menunjukkan
situasi di mana mereka menerima kejutan semasa sesi orientasi tanpa diduga.
Dalam video tersebut, beberapa fasilitator universiti secara tiba-tiba bertengkar antara satu sama lain.
Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila mereka saling meninggikan suara dan menengking sesama sendiri.
Namun, semuanya berubah apabila semua adegan pergaduhan itu hanyalah satu gimik untuk menyambut hari jadi salah seorang fasilitator yang bertugas.
Fasi buat prank birthday.
“aku ni sanggup korbankan cuti aku” 😭😂
welcome pelajar-pelajar baru. pic.twitter.com/9jojO5Czqu
— ًِ (@bckupacc99) October 1, 2024
Tindakan fasilitator UITM Segamat itu telah menarik perhatian netizen, dan ramai yang membidas tindakan tersebut kerana ia bukan sahaja tidak menunjukkan nilai murni yang baik, tetapi juga tidak memberi sebarang manfaat.
Bagi netizen, adegan gimik ini dilihat sebagai syok sendiri yang sepatutnya dilakukan hanya di kalangan kenalan.
Di samping itu, sebahagian netizen juga merasakan bahawa budaya fasilitator yang sering memarahi junior secara sengaja seharusnya dihentikan.
BACA: Umum projek dan peruntukan kepada Kelantan, MB Kelantan ucap terima kasih PMX
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio