Mempunyai tanah sendiri merupakan impian setiap manusia yang masih hidup.
Tanah dapat digunakan untuk pelbagai pembangunan, seperti membina rumah atau sebagai aset pelaburan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis kategori tanah yang biasa kita dengar iaitu tanah milik persendirian dan tanah milik kerajaan.
Tanah-tanah ini tersebar di pelbagai tempat di seluruh dunia, termasuk kawasan ladang, tasik, bukit, dan lain-lain.
Namun, pernahkah anda terfikir siapakah pemilik tanah terbanyak di muka bumi ini? Adakah tanah-tanah tersebut dimiliki oleh organisasi tertentu, keluarga berpengaruh, ahli perniagaan berjaya, ahli politik terkemuka, atau siapa?
Menurut laporan yang dibuat oleh Madison Trust, terdapat lima pihak yang dipercayai menjadi pemilik tanah terbanyak di dunia.
5. Orang Inuvialuit di Wilayah Penempatan Inuvialuit di Kanada
Menurut Madison Trust Company, ditangga kelima adalah orang Inuvialuit iaitu pemilik Wilayah Penempatan Inuvialuit di Kanada.
Berkeluasan lebih 22 juta ekor, wilayah berkenaan merupakan kawasan khas yang disediakan oleh kerajaan Kanada pada 1984 untuk orang Inuvialuit.
Wilayah Penempatan Inuvialuit merangkumi beberapa kawasan, termasuk tanah-tanah di utara Yukon dan barat laut Wilayah Barat Laut.
4. Gina Rinehart
Gina Rinehart merupakan antara wanita paling kaya di dunia dan dinobatkan sebagai individu terkaya Australia daripada tahun 2011 hingga 2015.
Beliau terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan antaranya perlombongan dan memiliki aset lebih USD 30 bilion.
Antara aset yang dimilikinya adalah hartanah seluar 23 juta ekar yang kebanyakan merupakan kawasan hutan dan ladang ternakan lembu.
3. Orang Inuit di Nunavut, Kanada
Selain orang Inuvialuit, kerajaan Kanada turut memperuntukkan kawasan khas untuk orang Inuit.
Menurut Madison Trust Company, orang Inuit merupakan pemilik tanah di Nunavut yang berkeluasan kira-kira 87 juta ekar.
Tanah-tanah berkenaan diperolehi berdasarkan Akta Perjanjian Tuntutan Tanah Nunavut 1993.
Berdasarkan akta itu, kerajaan Kanada dan kerajaan Wilayah Barat Laut bersetuju memberikan hak milik kepada orang Inuit ke atas wilayah berasingan yang dipanggil Nunavut.
Ia merupakan penyelesaian tuntutan tanah terbesar dalam sejarah Kanada.
2. Gereja Katolik
Madison Company Trust kemudian menyenaraikan Gereja Katolik sebagai pemilik tanah kedua terbanyak di dunia.
Gereja Katolik memiliki tanah seluas 177 juta ekar di serata dunia meliputi kawasan-kawasan gereja, sekolah-sekolah dan ladang-ladang pertanian.
Selain itu, Gereja Katolik juga memiliki banyak mercu tanda keagamaan seperti Scala Sancta dan Istana Apostolik.
1. Raja Charles III dan Keluarga Diraja British
Di tangga pertama pemilik tanah terbanyak di dunia adalah Keluarga Diraja British.
Raja Charles III dan keluarganya dianggarkan memiliki tanah seluas 6,600,000,000 ekar tanah di seluruh dunia.
Keluarga diraja itu secara teknikalnya menjadi pemilik pelbagai wilayah seluruh dunia yang menyamai kira-kira 1/6 permukaan planet.
Antara hartanah yang dimiliki keluarga ini terletak di United Kingdom, Kanada dan di pelbagai negara lagi.
BACA: Tiba-tiba mohon maaf pada netizen, Sajat ada penyakit ni buat ramai sedih