Dulu sebelum kahwin janji lepas kahwin nak berhenti kerja. Ye la kerja pramugari bukan ada fix hours. Kalau kerja dia fix hours aku ok ja.
Tapi lepas kahwin mintak masa 6 bulan pulak.. Tak kan notis berhenti kerja 6 bulan kot.
Ok tak pe la.. Bila dah bagi masa 6 bulan, macam takde tindakan pun. Bila kita tanya dah bagi ke surat resign.
Terus nak bad mood dengan kita. Sebab ni aku malas nak percaya cakap perempuan.. Perempuan lagi kuat k3ncing sebenarnya.
Patut ramai laki membujang sampai tua. Aku kata kalau macam ni aku nak bercerai la. Terus dia libatkan dua – dua family.
Family aku tak bagi aku bercerai. Family dia pun sama la. Aku kata ni hidup aku biar aku tentukan.
Lepas tu bapak dia kata, dia akan mintak anak dia tukar ke bahagian pejabat. Dia mintak aku jangan terburu – buru nak bercerai bagai. Tapi benda tu bukan mudah. Anak dia sendiri cakap ambik masa dan nak kena tengok kekosongan dan kelayakan.
Lepas tu bapak dia kata anak dia sayang nak tinggal airlines. Sebab cita – cita dia dari kecik. Dia mintak aku faham anak dia. Habis aku sapa nak faham? Lagi satu, kalau itu ambition kau, kau kahwin dengan aku buat apa.
Kahwin ja la dengan career kau. Ataupun orang yang boleh terima career kau sekali. Lepas g4duh, dia nangis – nangis tanya aku dah tak sayang dia ke. Mula – mula dulu memang la aku tak sayang. Tapi lepas dah bersama dengan dia ada la sikit – sikit sayang. Dah nama pun bini sebab tu hampir 2 tahun aku masih bagi peluang.
Aku tanya dia balik, awak tu yang tak sayang saya. Awak mungkir janji. Dah la tu dia tak nak pregnant buat masa ni. Macam lagi sayangkan kerja dari aku. Dia mintak masa setahun dua, sekarang dah nak 2 tahun. Masih lagi tak nak anak.
Tapi dia kata dah tak makan ubat tu dah. Jadi kalau dia pregnant, dia terima ja. Ok tak pe la bab tu. Lepas tu dok pujuk aku pulak untuk terima ni hidup dia kerja dia. Yang sedihnya family aku pun asyik support dia ja. Suruh sabar sampai dia dapat tukar ke pejabat. Sikit pun tak menyebeIahi aku.
Masalahnya kalau dia tipu aku macam mana? Mungkin dia tak buat pun permohonan tukar kerja tu. Aku nak hidup dengan pasangan yang selalu ada. Bukan pasangan macam chips more, kejap ada kejap takde. Aku rasa tak boleh capai satu keputusan antara kami.. Balik – balik aku kena mengalah.
Dan aku pun tak nak h4ncurkan kebahgian dia kalau airlines tu lagi buat dia bahagia. So aku decide nak ceraikan dia walaupun dia tak nak. Dan walaupun kuasa kat tangan aku, tapi aku masih hormat mak bapak aku. Sebab tu aku masih belum buat tindakan ikut kepala otak aku ja.
Aku nak keluarga aku sokong tindakan aku. Sebab ke depan nanti, susah senang aku keluarga yang kena ada. Aku tak nak membelakangkan keluarga aku. Aku dah cakap macam – macam dah dekat mak ayah aku, tapi tetap diorang suruh sabar.. Bagi peluang.
Diorang kata diorang faham perasaan aku nak isteri sentiasa ada, tapi diorang tetap suruh aku tunggu isteri aku dah tukar ke bahagian yang dia sedang usaha sekarang. Dia kata ada macam akedemi yang ajar budak – budak baru nak kerja pramugari tu.
Aku tak tau la istilah atau nama department tu apa, tapi wife aku nak tukar ke situ la. Tapi situ kena lulus exam apa semua.. Memang dia sekarang nampak la dok pulun study untuk exam tu. Tapi entah la, hati aku dapat rasa wife lagi suka kerja dalam kapal terbang.
Aku tak nak h4ncurkan impian dia. Dan aku pun ada kesian kat dia jugak walaupun aku jahat. Dalam masa yang sama, aku tak rasa semudah tu dia akan ditukar.. Entah la, aku bukan faham sangat bidang – bidang airlines ni.
Term – term yang dia sebut aku memang tak faham dan malas nak faham. Senang kata aku memang tak faham kerja dia. Sebab bidang kami berdua jauh berbeza. Semalam kami g4duh lagi. Dalam g4duh – g4duh tu isteri aku kata, dia dah maklum dari awal dia tak akan berhenti kerja dekat family aku.
Tapi dia kata family aku yang kata aku terima kerjaya dia. Sebab tu dia setuju nak kahwin dengan aku. Kalau tak dia pun tak hingin nak kahwin dengan aku. Oh untuk pengetahuan, kami kahwin ni aturan keluarga. Sebab ayah aku dan ayah dia kawan baik.
Sebab tu dia kata dia terk3jut masa malam pertama kami aku tanya pasal nak berhenti kerja. Esoknya dia tanya mak aku. Mak aku kata nanti dia akan pujuk aku untuk terima career dia. Dia kata family aku yang suruh rahsiakan hal tu.. Suruh dia bagitau aku dia mintak tempoh dan sebagai.
Sebab bapak aku kata nanti lama – lama aku akan terima jugak. Tapi sebab dia kata dia dah sayang aku, dia tak gamak nak tipu aku lama – lama. So dia sanggup ja tukar ke bahagian lain asal aku bahagia. Tapi dia kata aku langsung tak nak faham dia. Dan asyik tekan dia dengan cerai cerai cerai.
Bila dia cakap tu aku rasa tak percaya.. Aku fikir dia ni buat drama lagi ke. Aku pergi tanya mak aku.. Mak aku mengaku.. Aku terus rasa kecewa. Tergamak mak ayah aku tipu aku kononnya dia akan berhenti kerja lepas kahwin dengan aku. Dan jugak tipu dia kata aku tak kisah dia kerja.
Aku sekarang ni rasa jauh hati dengan semua orang termasuk family aku. Tapi aku maafkan mak ayah aku. Mungkin dia orang fikir anak dia dah lama membujang, sebab tu diorang carikan jodoh. Mungkin nak anak dia move dari kes4kitan lampau. Nak anak dia berubah jadi baik.
Fikiran orang tua – tua, bila anak ada pasangan senang sikit nak lentur. Tapi dalam masa yang sama diaorang dah tak tahu nak pihak pada sapa lagi kot. Menantu pun menantu kesayangan. Aku sekarang ni buntu macam mana nak jelaskan dengan mak ayah aku yang aku tetap nak bercerai.
Sebab aku tak nak la dia tukar bidang ke kerja ke. Aku pun nak dia happy tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terima isteri aku pramugari. Tapi dari cara mak ayah aku, aku yang kena k0rban semua tu. Supaya kita semua boleh hidup bahagia dia kata.
Dia kata dah isteri pun dah setuju nak tukar ke pejabat. Ayah aku tanya apa lagi yang aku tak puas hati. Masalahnya aku rasa kesian dekat isteri aku. Aku bukan k3jam sangat. Kalau itu minat dia. Biar dia teruskan la. Buat apa dia nak k0rban untuk aku.
Lagipun isteri aku tak tahu yang mak ayah aku kelentong dia jugak awal – awal dulu. So dia tak bersalah sebab dia dah sayang aku, dia nak berk0rban. Mak ayah aku dan mak ayah dia sepatutnya bertnggujawab dalam hal ni sebab pandai – pandai satukan kami.
Tapi aku dah cakap, aku tak boleh berk0rban apa – apa lagi dah. Sebelum kami ada anak, sebelum aku sayang dia lagi jauh, lebih baik kami berpisah. Aku sekarang nak sentuh dia pun aku takut dah. Aku suruh dia makan balik la ubat tu kalau dia ajak aku bersama. Sekarang situasi aku :
1) Isteri sanggup tukar bidang tapi aku tak nak. Sebab aku rasa kesian kat dia sebab dia pun tertipu macam aku awal – awal. Lagipun tu impian dia. Mesti dia lagi happy dengan kerja tu berbanding hidup dengan aku.
2) Aku nak bercerai supaya iteri boleh tumpukan kerjaya dia. Tapi isteri aku tak nak cerai. Dia kata dia ok ja tak kerja dalam kapal. Tapi aku tahu dia tak happy pun dengan keputusan tu.. Dia terp4ksa buat sebab bapak dia p4ksa ja.
3) Bapak aku suruh terima apa yang berlaku dan teruskan hidup macam biasa. Family aku tak bagi bercerai. Bapak aku kata, tak kisah isteri kekal sebagai pramugari ke, berhenti kerja ke surirumah ke. Aku tetap tak boleh bercerai. Kalau aku buat jugak, dia kata putus hubungan d4rah. Aku buntu betul la rasa. – Khai (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ainul Sakinah Jumain : Tulah namanya takdir, tt.. Belajar terima. Dah 2 tahun pun boleh kata sayang sikit – sikit ke. Patut dah beri sepenuh sayang dan percaya. Bini sanggup tukar department maksud ikhlas sayangkan tt dan usaha selamatkan rumah tangga. S3tan paling suka rumah tangga cerai berai, tepuk tangannn
Widad Ma : Sebelum baca komen – komen tanpa prejvdis akak menyebeIahi si suami yang impikan isteri di sisi sentiasa. Lepas dah tahu agenda kedua belah parents yang “helah” sikit untuk menjayakan jodoh ini, turut merasa apa yang tt rasa iaitu rasa kesian untuk si isteri berk0rban tukar department.
Tapi pendapat akak la kan…isteri betul – betul cuba mencari penyelesaian terbaik dah tu dengan rela tukar department.Walaupun kesian dia berk0rban tapi bagi dia lebih berbaloi dari kehilangan suami maka hargailah dengan bersabar sehingga proses – proses pertukaran berjalan lancar.
Perceraian bukan jalan penyelesaian. Moga mendengar perkhabaran yang baik – baik saja. Bila mulut dan fikiran asyik berzikir nak bercerai, syaitan memang bertepuk tangan dik. Jangan jadi sahabat sy4itan, tapi beristikharahlah.
Sherry Ibrahim : Sebagai ex crew, sedih baca story ni. Key point dia husband tak faham kerjaya. Baru 2 tahun kahwin tapi complicated. Belum ada anak lagi.
Lagi banyak persefahaman diperIukan. Nampak dah kan dia sedang usaha ke arah kerja sesuai dengan kehendak suami. Tak semua masalah selesai dengan perceraian. Sabar itu separuh dari iman. Semoga dipermudahkan.
BACA: Tudung terbelit, pengusaha telur itik kongsi detik cemas hampir ‘ditelan’ mesin