Tak sangka! Rupanya Sufian Suhaimi ada kembar yang ramai tak tahu?
ACARA rumah terbuka di sebuah dewan dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda yang dikatakan mirip penyanyi Sufian Suhaimi.
Menerusi satu video yang tular, pemuda berkenaan juga tidak menyangka dia dikerumuni sekumpulan budak lelaki yang mengajaknya untuk bergambar bersama.
Tidak mahu menghampakan mereka, dia memenuhi permintaan itu.
Bercakap kepada mStar, dia yang mahu dikenali sebagai Shahfiq Sufian berkata, pendapat tentang wajahnya dikatakan mirip penyanyi Di Matamu itu sebenarnya bukan perkara baharu
Dikatakan wajah mirip Sufian Suhaimi bukan perkara baharu bagi Shahfiq Sufian.
Namun pemuda berusia 35 tahun itu menjelaskan bahawa dia bukan mahu mengambil kesempatan bagi meraih populariti, tetapi sekadar menggembirakan orang.
“Mulanya ada tiga budak tanya abang ni Sufian Suhaimi ke? Saya jawab, layankan saja. Sekali mereka datang semula dan kali ini bersama kawan-kawan, lebih 10 orang.
“Mereka ajak bergambar bersama dan saya layankan saja demi tak menghampakan mereka. Saya suka melayan budak-budak dan nampak mereka sangat gembira berjumpa dengan saya walaupun saya bukanlah Sufian Suhaimi,” katanya kepada mStar.
Shahfiq Sufian menyifatkan dirinya seorang yang ceria dan mudah didekati.
Berkongsi pengalaman, Shahfiq Sufian berkata, rata-rata keluarga dan kenalannya melihat banyak persamaannya dengan Sufian dari segi senyuman dan gigi.
“Saya rasa kelakar sebab sebagai tuan badan tahu tak sama dengan artis pun. Namun, saya tetap menjaga diri terutama di khalayak ramai.
“Kalau ada yang daripada jauh pandang-pandang dan senyum, saya hanya balas dengan senyuman. Saya tidak mahu dikatakan sombong.
“Ada yang tegur beritahu saya macam Sufian, ada juga yang tanya adakah saya artis? Saya hanya senyum dan menidakkannya,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.
Shahfiq Sufian menyifatkan persamaannya dengan PU Riz kerana jambang dan penampilan kopiah serta jubah.
Siapa sangka, anak keempat daripada lima beradik ini dikejutkan dengan satu panggilan video yang dibuat bersama dengan penyanyi itu, susulan video mengenainya tular.
“Kebetulan seorang rakan terlibat dalam satu majlis di mana Sufian merupakan artis jemputan. Video call selama 15 saat itu menyaksikan saya dan Sufian lebih banyak ketawa.
“Memang tak sangka, the real Sufian Suhaimi depan mata (menerusi panggilan video). Rasa terharu kerana Sufian sendiri sudi nak bercakap dengan saya,” kata Shahfiq Sufian lagi.
Kalau ada yang daripada jauh pandang-pandang dan senyum, saya hanya balas dengan senyuman.
SHAHFIQ SUFIAN
Dalam pada itu, pegawai khas di Kerajaan Negeri Selangor itu turut menyedari dia juga sering dikatakan mirip dengan wajah pendakwah bebas dan selebriti, Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail.
“Terkejut juga sebab kebiasaannya disamakan dengan Sufian, nampak macam klon. Kalau mirip PU Riz, mungkin sebab saya simpan jambang, lebih-lebih lagi berkopiah dan jubah.
“Pernah juga ada orang luar tegur cakap wajah saya macam Pu Riz. Saya bergurau sebut nama Neelofa,” ujar Shahfiq Sufian secara berseloroh yang merujuk kepada PU Riz yang merupakan suami kepada pengacara dan pelakon Neelofa.
Shahfiq Sufian tidak menyangka berpeluang berbual menerusi panggilan video dengan Sufian Suhaimi.
Menyatakan dia sebagai seorang yang mudah didekati dan happy-go-lucky, pemuda yang meminati bidang permotoran dan aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan menerusi gerakan badan bukan kerajaan (NGO) ini juga mempunyai minat dalam bidang nyanyian.
“Saya bukan siapa-siapa, tapi saya suka menyanyi. Ada pengalaman jadi vokalis band Polis Diraja Malaysia (PDRM) Klang selama dua tahun.
“Cuma setakat ini saya belum pernah menyanyikan lagu Sufian Suhaimi ketika membuat persembahan atau di khalayak ramai.
“Mungkin masa tu belum sedia disamakan dengan Sufian. Mungkin saya boleh menyanyikan lagu-lagu dia pada masa akan datang,” ujar Shahfiq Sufian.
Untuk rekod ini bukan kali pertama wajah Sufian Suhaimi dikaitkan mirip seseorang kerana pada 2019 media pernah melaporkan tentang ‘kembar’ penyanyi berkenaan.
Ketika itu individu bernama Mohamad Shah Rizan Mohd Zam Zam yang bekerja di Hospital Seri Manjung (HSM), Perak menjadi perhatian ramai gara-gara wajahnya dikatakan seiras Sufian.
BACA: