Tak sangka! Rupanya selama ini Rina Harun bersubahat lindungi Rumah Bonda!
Baru-baru ini, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun telah bertindak menyaman Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur dan memohon untuk premis itu dibuka semula.
Dan sebelum ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi menterinya, Rina Harun
Telah bersetuju untuk mengenakan kompaun sebanyak RM5,000 kepada Rumah Bonda pada 20 April 2022 di atas kesalahan pusat jagaan itu tidak berdaftar mengikut Akta Pusat Jagaan 1993.
Namun begitu, pendedahan seorang individu yang mendakwa Rina Harun turut terlibat sama dalam ‘melindungi’ dan menjaga nama baik Rumah Bonda telah mengundang pelbagai respon netizen.
Kata individu itu, dia telah diberi arahan untuk tidak mendedahkan sebarang info atau maklumat daripada sebuah perbincangan bersama agensi kerajaan tersebut individu itu bersyukur kerana setelah dua bulan, ‘terbongkar’ juga hal sebenar mengenai apa yang sebenarnya terjadi.
“…Namun percaturan tuhan itu lebih indah hampir 2 bulan selepas meeting itu akhirnya terbongkar juga rahsia Rina Harun untuk bersubahat melindungi Rumah Bonda..”
Individu itu turut memuat naik video yang ‘kekalutan’ yang dipercayai terjadi di Rumah Bonda bagi tatapan netizen.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan rasa tertanya dan menyoal KPWKM terutamanya mengenai jumlah kompaun yang dianggap ‘tidak masuk akal’ serta penglibatan Rina Harun dalam kes ini.
Malah ada juga yang ‘menyeru’ Tengku Mahkota Johor dan isteri, Yang Mulia Che Puan Khaleed untuk meneliti dengan lebih lanjut mengenai info yang dinyatakan oleh individu tersebut.