Jangan terkejut kalau negara kita pernah didiami orang Yahudi.
Tak pelik sebenarnya memandangkan negara kita pernah dijajah kuasa asing suatu masa dulu.
Bangsa Yahudi pernah hidup bebas di Pulau Pinang sehingga hujung tahun 1970-an.
Selain Penang, mereka juga mendiami tempat-tempat lain seperti Negeri Sembilan dan Melaka.
Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Serani, Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dari Yahudi Ashkenazi.
Yahudi dan Melayu mula berinteraksi pada abad ke-9 di sungai Lembah Bujang.
Kedatangan Yahudi Baghdadi ks Pulau Pinang mungkin berlaku di hujung abad ke-18 di zaman penjajahan British sekaligus menarik keluarga pedagang Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari India.
Penghijrahan Yahudi dari wilayah Uthmaniyyah Baghdad juga berlaku akibat penganiayaan gabenor Dawud Pasha, yang memerintah dari tahun 1817 hingga tahun 1831.
Orang Yahudi Baghdadi pertama mula menetap di Pulau Pinang ialah Yehezkiel Aaron Manasseh. Berhijrah dari Baghdad pada 1895 dan menjadi satu-satunya Yahudi yang mengamalkan pegangannya di Tanah Melayu selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Pertama.
Komuniti Yahudi di Tanah Melayu dipindahkan ke Singapura pendudukan Jepun. Sebahagian daripadanya dibunuh dan dikebumikan di sana.
Komuniti Yahudi Armenia di Pulau Pinang hampir lenyap sejurus tamat Perang Dunia Kedua. Selepas perang, sebahagian besar daripada mereka berhijrah ke Australia, Singapura, Amerika Syarikat dan Palestin (ketika Israel mula ditubuhkan).
Tahun 1963, kira-kira 20 keluarga Yahudi yang masih ada di Malaysia.
Tanah perkuburan Yahudi di Georgetown di persimpangan Jalan Yahudi menjadi bukti keberadaan Yahudi di Pulau Pinang.
Perkuburan ini dianggap perkuburan Yahudi tertua di Malaysia. Ukiran batu nisan menunjukkan tarikh terawal pada tahun 1805 dan yang terkini pada tahun 2011, kubur Yahudi terakhir di pulau itu.
Kira-kira 107 kubur yang kebanyakannya menyerupai ossuari yang biasa dijumpai di Palestin.
BACA: Terlalu ligat panjat pokok, sekali kaki budak ini tersangkut pokok tapi reaksinya tarik perhatian