Tak sangka! Rupanya kura-kura boleh hidup lebih 1 abad kalah Tun M
Si Jonathan ini, ia merupakan seekor kura-kura yang hidup lebih dari 100 tahun lamanya.
Ia diiktiraf sebagai haiwan darat tertua di dunia, setakat diketahui umum usianya mencecah 187 tahun pada 2019.
Haiwan ini dipercayai lahir pada 1832, sepanjang hidupnya sudah melalui pelbagai peristiwa penting dunia antaranya dua peristiwa perang dunia, revolusi Rusia, tujuh pertukaran monarki Britain dan pelantikkan 29 Presiden Amerika Syarikat.
Rekod dahulunya disandang kepada Tu’i Malila hanya satu tahun berbeza dengan Jonathan ini iaitu berjaya hidup sehingga umur 188 tahun.
Walaupun bersal daripada Seychelles di lautan Hindi, Jonathan telah tinggal di pulau terpencil St Helena di Atlantik Selatan sejak tahun 1882. Ketika itu, penyelidik menganggarkan bahawa Jonathan sudahpun berusia 50 tahun.
St Helena sangat terkenal sewatu dulu kerana menjadi tempat persinggahan terakhir Napolean Bonaparte.
Ketika ini, lebih daripada 80 ekor yang berkongsi spesis yang sama dengan Jonathan. Kura-kura ini merupakan spesis Aldabra Atoll merupakan spesis terancam sekarang.
Keadaan kesihatan Jonathan semakin merosot antaranya hilang keupayaan melihat dan deria bau yang semakin tidak sensitif.
BACA: [Video] Niat murni Zuraida bantu Gerakan kempen terima reaksi hambar dari kaum cina
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio