Tak sangka! Rupanya ini sebab kenapa ada jalan sengaja dicat biru, ingatkan saja-saja

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Sebagaimana yang sering kita lihat di pelbagai tempat, jalan raya biasanya berwarna hitam asfalt atau kelabu kusam.

Namun, di Qatar, terdapat keunikan tersendiri di mana beberapa jalan raya di sana dicat dengan warna biru.

Mengapa jalan raya di Qatar dicat biru dan apakah sebabnya?

Qatar, sebuah negara di Timur Tengah, terkenal dengan cuaca panas dan suhu ekstrem yang sering mencapai puncaknya, terutamanya pada musim panas yang terik.

Menurut Ary News, suhu yang tinggi boleh menyebabkan papan penunjuk jalan retak, warna cat menjadi pudar, dan barang plastik meleleh. Untuk mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan mencari penyelesaian yang inovatif.

Tak sangka! Rupanya ini sebab kenapa ada jalan sengaja dicat biru, ingatkan saja-saja

Sebagai satu usaha untuk menyejukkan permukaan jalan dan mengurangkan suhu sekitar, Qatar telah memutuskan untuk menukar beberapa jalan raya utama di ibu kota Doha dengan warna biru terang pada tahun 2019.

News9live melaporkan bahawa sensor haba telah dipasang untuk memantau perbezaan suhu antara jalan raya yang telah dicat biru dan jalan raya biasa berwarna hitam asfalt di seluruh dunia. Dapatan menunjukkan bahawa jalan raya berwarna biru dapat menurunkan suhu hingga 50 peratus berbanding jalan raya berwarna hitam yang menyerap haba.

Oleh itu, tindakan Qatar untuk melukis jalan raya dengan warna biru adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk mengurangkan kesan panas berlebihan. Warna biru juga memberikan kesan visual yang lebih sejuk dan menyegarkan.

Diharapkan bahawa penggunaan jalan raya berwarna biru dapat mengurangkan suhu sekitar sebanyak 15 hingga 20 darjah Celsius, menurut laporan Medium.

Sementara jalan raya berwarna biru mungkin jarang dijumpai, langkah serupa juga telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan di negara lain seperti Arab Saudi dan Pakistan, menurut sumber yang sama.

BACA: “Aku peniaga berjaya tapi suami hanya jual burger, kerja rumah semua suami urus sebab aku sibuk berniaga, tiba-tiba aku dapat call sebab suami, terduduk aku dengar”