Tak sangka! Rupanya ini ramuan rahsia Coca-Cola jadikan ia jenama minuman paling berpengaruh di dunia

Oleh MHDAILY

Tak sangka! Rupanya ini ramuan rahsia Coca-Cola jadikan ia jenama minuman paling berpengaruh di dunia.

URO 2020 menjadi panas untuk Coca Cola apabila dua bintang kejohanan, Cristiano Ronaldo dan Manuel Locatelli memilih menolak menyokong minuman ringan itu dan menggesa orang ramai minum air biasa.

Walaupun ia mengundang amaran keras daripada UEFA, gesaan ini dilihat bertepatan ke arah menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

Tak sangka! Rupanya ini ramuan rahsia Coca-Cola jadikan ia jenama minuman paling berpengaruh di dunia

Melihat kepada sejarah minuman ringan itu, tidak hairanlah mengapa Ronaldo merasa meluat bila menyebut nama Coca Cola.

Minuman ini dicipta oleh seorang ahli farmasi Atlanta bernama John Pemberton pada tahun 1866 sebagai cubaan mereplika satu lagi minuman popular Perancis ketika itu, wain koka.

Wain koka ialah sejenis minuman keras di mana wain Bordeaux dicampur dengan ekstrak daun koka. Bagi mengelak Coca Cola dilabel sebagai minuman keras, Pemberton menggantikan wain dengan sirap gula dan menambah ekstrak kacang kola. Ini membawa kepada nama awalnya iaitu Coca Kola.

Tetapi akauntan Pemberton iaitu Frank Robinson merasakan nama ini boleh ditambahbaik. Lalu dia mencadangkan nama Kola digantikan kepada Cola sekaligus membawa kepada nama Coca Cola yang kita kenali hari ini. Robinson juga bertanggungjawab memperkenalkan imej tulisan Coca Cola yang menjadikan ia sebagai satu lambang ikonik sehingga hari ini.

Ia mula dijual buat kali pertama di Jacob’s Pharmacy, Atlanta pada 8 Mei 1886. Pada awalnya, ia hanya mendapat sambutan dingin dengan sembilan sirap saja terjual setiap hari. Jumlah jualan pada tahun tersebut ialah sebanyak AS$50, satu kerugian memandangkan kos pengeluaran yang ditanggung Pemberton ialah sebanyak AS$70 ketika itu.

Setahun selepas itu, seorang lagi ahli farmasi dan peniaga Atlanta bernama Asa Candler berjaya mendapatkan formula Coca Cola daripada Pemberton dengan harga AS$2,300. Dia tidak berpeluang melihat ia berkembang sebagai jenama minuman terkenal Amerika Syarikat kerana beberapa tahun selepas itu, Pemberton kembali menemui Penciptanya.

Menjelang akhir abad ke-19, Coca Cola muncul sebagai minuman pilihan rakyat AS. Kunci utama kejayaan minuman ringan itu ialah strategi pemasaran agresif oleh Candler. Strategi pemasaran ini membuka jalan kepada peningkatan jualan Coca Cola sebanyak 4,000% dari 1890 hingga 1900.

Salah satu daripada kempen pemasaran Coca Cola yang terkenal ialah kempen pemasaran dengan slogan “It’s A Real Thing” pada tahun 1971. Kempen pemasaran ini menyaksikan syarikat dan firma pengiklanan McCann-Erickson menggunakan lagu iklan “I’d Like to Buy the World a Coke” yang dihasilkan oleh komposer Billy Davis dan Roger Cook. Lagu ini merupakan cetusan idea pengarah kreatif Coke ketika itu, Bill Backer.

Backer membayangkan dunia seperti seorang individu yang patut dikenali dan dibantu. Apabila membincangkan idea tersebut bersama Davis dan Cook, beliau turut menulis lirik terakhir lagu tersebut iaitu “I’d like to buy the world a Coke and keep it company”.

Menjelang abad ke-20, ia mula dijual secara meluas bukan saja di AS tetapi juga di Kanada. Coca Cola juga turut menjual sirapnya kepada mana-mana syarikat pembuat botol bebas untuk menjual minuman berkenaan. Dan ia turut menjadi asas kepada industri minuman ringan AS hari ini.

Dengan minuman ringan seperti Coca Cola mendominasi pasaran, ia juga turut menandakan berakhirnya era pancuran soda. Sebelum minuman-minuman ini dibotolkan, satu cara mendapatkannya ialah di kedai-kedai farmasi. Di sinilah orang ramai baik dari bandar besar atau pekan kecil berkumpul, bertanya khabar dan meluangkan masa bersama.

Tetapi menjelang tahun 60-an, kedai-kedai farmasi tidak boleh menyaingi penangan pengkomersialan produk-produk seperti minuman ringan dan aiskrim. Dengan produk-produk ini mudah didapati termasuk restoran-restoran makanan segera, tiada keperluan bagi penduduk pergi ke kaunter pancuran soda untuk mendapatkan minuman pilihan mereka. Ini mengakibatkan sesetengah farmasi menutup terus operasi mereka.

Menjelang tahun 80-an, jualan Coca Cola sudah merosot dan ramai merasakan ia perlu berinovasi untuk kekal relevan. Ini membawa kepada pengenalan formula Coke Baru pada tahun 1985. Bagaimanapun, ramai menolak pengenalan formula baru Coca Cola itu dan mahukan perisa asal dikembalikan.