Tak sangka! Rupanya ini rahsia kedai makan kampung dekat Jepun ini boleh bertahan sampai 1000 tahun dengan jual satu menu je!
Setiap entiti perniagaan terutamanya kedai makanan miliki fungsi yang sama dengan sesebuah empayar.
Hal ini demikian kerana terdapat tiga fasa bagi entiti perniagaan untuk berfungsi iaitu fasa penubuhan, kegemilangan dan kejatuhan.
Perkara ini kita boleh lihat berlaku di mana-mana sahaja dan kedai makanan yang bijak pasti akan mengikut arus masa bagi terus kekal relevan.
Walau bagaimanapun tahukah anda, terdapat sebuah kedai makanan Jepun yang berjaya bertahan sejak 1000 tahun lalu dengan hanya satu menu sahaja.
Hal ini kelihatan sangat mustahil kerana dalam tempoh 1000 tahun itu terlalu banyak krisis ekonomi yang pernah berlaku. Persoalannya bagaimana semua ini boleh berlaku?
Keluarga Naomi Hasegawa merupakan pemilik kepada kedai makanan yang menjual satu menu sahaja iaitu mochi untuk 1000 tahun lamanya.
Ajaibnya, kedai makanan ini masih terus bertahan walaupun pernah menghadapi pelbagai jenis peperangan, krisis ekonomi dan bencana alam sejak 1000 tahun lalu.
Kedai ini masih terus bertahan apabila meletakkan tradisi serta kestabilan mengatasi keuntungan dan pertumbuhan. Jadi tidak pelik jika anda berkunjung ke kedai ini, bentuk premisnya masih mengekalkan ciri-ciri kecil dan begitu kecil.
Tahukah anda di negara lain, perniagaan seumpama ini sudah pasti akan gulung tikar kerana kurang efisien.
Namun begitu, kemandirian kedai itu memberi tamparan hebat kepada entiti-entiti perniagaan di Amerika Syarikat terutamanya kerana terlalu ramai yang jatuh muflis di sana.
Apa yang peliknya bagi kedai ini adalah mereka tidak mengikut hukum ekonomi yang sepatutnya seperti memaksimumkan keuntungan, memperbesarkan saiz perniagaan dan tingkat pertumbuhan.
Pengoperasian mereka juga jelas berbeza dengan kebiasaan dan mungkin ini adalah jawapan kenapa mereka mampu bertahan.
Menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan produk dan perkhidmatan tradisional adalah jawapan kepada mandirian syarikat tersebut.
Hal ini juga didukung oleh kerajaan Jepun apabila mereka giat mempromosikan produk kedai-kedai tersebut. Secara tidak langsung dapat memperkenalkan kebudayaan Jepun sejak 1000 tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa entiti perniagaan yang bertranformasi daripada menjual barang tradisional kepada produk moden.
Salah satunya adalah Nintendo yang bermula sebagai sebuah syarikat menjual daun terup sebelum menerokai pasaran permainan video.
Menurut pemilik kedai makanan Jepun iaitu Noami Hasegawa, untuk bertahan dengan lebih lama anda digalakkan untuk tidak mengejar keuntungan semata-mata.
Hal itu dapat dilihat apabila kedai makanan tersebut menolak sebarang peluang untuk memperbesarkan perniagaan walaupun mendapat permintaan daripada Uber Eats untuk memulakan servis dalam talian.
Kedai makanan itu kekal dengan prinsip tradisional dan hanya menyediakan mochi sebagai satu-satunya menu.
Namun begitu mahu atau tidak mahu kedai itu juga harus meniti gelombang kemodenan bagi menjadikan ianya terus bertahan.
Sebagai contoh, kebersihan adalah agenda utama kedai ini bagi mendapatkan lesen untuk terus beroperasi.
Mereka juga sudah mula menggunakan mesin untuk menghasilkan mochi dan perkara itu telah menjimat masa selama beberapa jam berbanding bekerja secara tradisional.
Buat pengetahuan anda semua, syarikat Jepun yang bertahan lama seringkali dianggap sebagai takut untuk mengambil risiko kerana pengalaman menghadapi krisis di masa lalu dan miliki simpanan tunai yang tinggi.
Hal ini dapat dilihat apabila sebanyak 33 ribu perniagaan yang bertahan lebih 100 tahun masih lagi beroperasi di Jepun dan ianya mewakili 40 peratus daripada jumlah global.
Semua ini adalah satu kebiasaan bagi syarikat Jepun kerana mereka ingin mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah muflis seperti kebanyakan syarikat di Amerika Syarikat terutamamya ketika era Covid-19.
Bukan itu sahaja, mereka lebih selesa menjadi perniagaan kecil kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang begitu banyak untuk pengoperasian dan hutang.
Sebagai contoh, jika mereka memerlukan pembiayaan, pinjaman berskala kecil akan lebih mudah didapati. Perniagaan kecil ini juga tidak memerlukan pekerja yang ramai untuk tujuan operasi apabila hanya bergantung kepada ahli keluarga terdekat sahaja.
Hal ini sekaligus menzahirkan penjimatan untuk membayar gaji pekerja mengikut had minimum dan banyak wang boleh disimpan.
Natijahnya, apakah yang boleh dicontohi oleh entiti perniagaan di Malaysia untuk terus bertahan sebagaimana di Jepun.
Namun Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat bergantung kepada globalisasi kerana kedudukan negara ini berada di jalur perdagangan dunia.
Jadi pertumbuhan sesebuah perniagaan menjadi lebih besar dan jatuh dengan cepat memang tidak boleh dielakkan.
BACA: