Tak sangka! Rupanya ini maksud di sebalik nombor yang ada pada botol minuman plastik yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Tak sangka! Rupanya ini maksud di sebalik nombor yang ada pada botol minuman plastik yang ramai tak tahu.

Lihat di persekitaran anda. Pasti anda akan dapati bahawa hampir kesemua komposisi barangan yang anda lihat, mengandungi plastik.

Ya, plastik adalah salah satu komponen penting dalam pembuatan barangan seperti botol minuman,

Tak sangka! Rupanya ini maksud di sebalik nombor yang ada pada botol minuman plastik yang ramai tak tahu

sikat dan juga bekas Tupperware yang menjadi kesayangan para ibu di Malaysia.

Sekarang, cuba anda capai apa-apa barangan plastik yang berada di sekeliling anda. Lihat di bawah (kadangkala di tepi) barangan tersebut. Anda pasti akan menemukan simbol anak panah yang membentuk piramid – perhatikan nombor yang tertera bersama simbol tersebut.

Jika diteliti, setiap barangan plastik mempunyai nombor yang berbeza-beza. Ada nombor 1. Ada juga nombor 7. Apa maksud di sebalik nombor-nombor tersebut? Kod rahsia ke?

Bukan nombor rahsia mahupun nombor siri tetapi nombor-nombor ini dikenali sebagai Kod SPI.

Dapatkan katil dan banglo kucing eksklusif untuk kucing anda di Lakardanreka. [KLIK]

“Apabende Kod SPI ni?”

Kod SPI adalah satu sistem pengelasan yang diwujudkan pada tahun 1988 oleh The Society of the Plastic Industry (SPI). Kod ini membolehkan para pengguna dan para pengumpul bahan kitar semula untuk mengenal pasti jenis plastik. Natijahnya, kod-kod ini mewakili jenis plastik yang digunakan dalam pembuatan sesuatu barangan tersebut.

Berikut merupakan senarai pengelasan Kod SPI:

1. PET (Polyethlyene Terephthalate)

Plastik jenis PET atau dikenali juga dengan nama PET(E) digunakan untuk membuat banyak barangan keperluan harian seperti botol minuman, balang ubatan, tali, pakaian dan juga serat permaidani. Plastik jenis ini kadangkala menyerap bau dan rasa daripada makanan ataupun minuman yang disimpan. Barangan yang diperbuat daripada plastik jenis PET biasanya dikitar semula.

2. HDPE (High-Density Polyethylene)

Barangan yang diperbuat daripada plastik jenis HDPE termasuklah bekas untuk menyimpan susu segar, minyak motor, syampu dan perapi, botol sabun, pencuci pakaian dan juga peluntur. Barangan HDPE adalah sangat selamat untuk digunakan kerana tidak berupaya untuk menyebarkan sebarang bahan kimia ke dalam makanan mahupun minuman. Barangan yang diperbuat daripada plastik jenis HDPE biasanya dikitar semula.

PERINGATAN: Adalah SANGAT TIDAK SELAMAT untuk anda menggunakan semula botol HDPE untuk menyimpan makanan atau minuman jika botol tersebut tidak menyimpan makanan atau minuman pada asalnya.

3. PVC (Polyvinyl Chloride)

Plastik jenis PVC digunakan untuk semua jenis paip dan jubin. Plastik jenis ini harus tidak terdedah kepada bahan makanan kerana ia sangat berbahaya jika tertelan. Plastik jenis PVC kadangkala dikitar semula.

4. LDPE (Low-Density Polyethylene)

Barangan yang diperbuat daripada plastik jenis LDPE cenderung untuk tahan lama dan fleksibel. Botol mayones, beg sandwic dan beg plastik kedai runcit (atau pasar raya) adalah antara barangan yang diperbuat daripada plastik LDPE. Plastik jenis LDPE biasanya dikitar semula.

5. PP (Polypropylene)

Plastik Polypropylene bersifat kuat dan juga boleh bertahan di dalam suhu yang tinggi. PP digunakan untuk membuat bekas makanan (seperti bekas Tupperware), bekas marjerin, bekas yogurt, botol sirap dan juga penutup botol plastik. Walau bagaimanapun, plastik jenis ini jarang-jarang dikitar semula.

6. PS (Polystyrene) dan EPS (Expanded Polystyrene)

Polystyrene biasanya dikitar semula tetapi sukar dilakukan. Barangan seperti cawan pakai buang dan bekas makanan plastik adalah antara barangan yang diperbuat daripada Polystyrene.

7. Others (Selain daripada jenis plastik untuk kod SPI 1-6)

Kod 7 digunakan untuk menentukan jenis-jenis plastik yang tidak ditakrifkan oleh enam kod SPI yang lain. Polycarbonate (PC) dan Polylactide (PLA) adalah antara jenis-jenis plastik yang termasuk di dalam kategori ini. Antara contoh barangan yang diperbuat daripada plastik jenis PC adalah cakera padat dan botol bayi. Jenis-jenis plastik dengan Kod 7 sukar untuk dikitar semula.

Kitar Semula – Apa Peranan Anda Sebagai Seorang Pengguna?

Tidak semua jenis plastik boleh dikitar semula. Sebagai seorang pengguna yang bijak, anda harus mengumpulkan bahan-bahan kitar semula mengikut jenis.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengurangkan penggunaan plastik dengan membawa bekas makanan sendiri apabila hendak membeli makanan atau lauk-pauk di restoran, menggunakan ‘tumbler’ untuk minuman, dan membawa beg beli-belah (‘Green Bag’) anda sendiri untuk menggantikan penggunaan beg plastik ketika membeli-belah di pasar raya.

Jika anda mempunyai kebolehan dalam seni kraf dan DIY, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis produk kraf dengan menggunakan barangan plastik.

BACA:

“Aku tinggalkan isteri dengan mak aku yang lumpuh, tiba-tiba anak sulong cerita apa yang nenek dia buat kat isteri aku masa aku kerja”

Kenapa lantai rumah kayu zaman dulu ada lubang? Bagi senang nak ‘skodeng’ ke? Rupanya..