Tak sangka! Rupanya ini kehidupan sebenar Watie sebelum berkahwin dengan Shuib ramai tak tahu!
Yang kenal dan berkahwin dengan Watie Hanifiah adalah Shuib, namun entah mengapa masih ada netizen sewenangnya beranggapan buruk kepada wanita ini.
Selain dituduh menerima pelawak itu kerana harta, ada juga yang menyifatkan Watie sebagai gedik
Hanya selepas tularnya video dia dan rakan-rakan meraikan bachelorette party.
Sampai sudah mendirikan rumah tangga sekalipun, Watie Hanifiah yang berusia 35 tahun masih menjadi bahan cemuhan netizen.
Kakak Watie memang tak boleh berjalan…Umur 10 tahun dia jalani operation malangnya tak menjadi
Tidak kenal rapat namun begitu mudah menghukum, mungkin sedutan daripada rancangan Astro Ria berjudul ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ ini akan mengubah persepsi anda.
Menerusi satu paparan yang tular di TikTok, Watie mendedahkan sebenarnya dia mempunyai seorang kakak OKU yang lumpuh sepenuhnya sejak usia kecil lagi.
Aku ni ada kakak OKU…Syukur sangat Shuib terima family Watie
Sepanjang 30 tahun menguruskan si kakak, keluarga mereka benar-benar memberikan penjagaan rapi.
@shintamasheeta semoga Allah merahmati mu aminnn#shuibwatie #shuibsitisarah #watiehanifiah #shuib ♬ original sound – Shinta Mashita
Sebab itulah dalam urusan mencari pasangan hidup pun, Watie cuba memilih calon-calon yang boleh menerima baik keadaan kakaknya.
Alhamdulillah apabila berkenalan dengan Shuib, Watie melihat penerimaan yang cukup baik oleh pelawak itu.
Jangan suka-suka tuduh orang itu & ini…Kau tengok dia lebih baik dari kita
Menerusi ruangan komen, ramai kagum dengan keluhuran hati sabar menguruskan ahli keluarga yang kurang sihat. Walaupun kerap dikecam, netizen beranggapan Watie adalah jodoh terbaik buat Shuib Sepahtu.
Dari situ juga, ramai sedar sikap seseorang tidak seharusnya dinilai melalui penampilan luaran semata-mata.
BACA: Ahli politik veteran 80 tahun disahkan meninggal dunia