Tak sangka! Rupanya asal usul nasi kandar sebenarnya makanan untuk buruh kasar ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Tak sangka! Rupanya asal usul nasi kandar sebenarnya makanan untuk buruh kasar ramai tak tahu

Siapa di sini penggemar nasi kandar? Buat mereka yang gilakan nasi kandar, boleh tak tentu arah dibuatnya jika tak dapat rasa ‘surr’ nasi kandar dalam masa seminggu.

Nasi kandar bukanlah menu yang asing lagi di Malaysia. Jika dahulu nasi kandar lebih terkenal dan mudah didapati di Pulau Pinang,

Tak sangka! Rupanya asal usul nasi kandar sebenarnya makanan untuk buruh kasar ramai tak tahu

kini menu ini sudah mula dijual di serata Malaysia dengan keunikan yang tersendiri.

Pada zaman sekarang, nasi kandar boleh dianggap sebagai makanan yang mewah. Setiap satu hidangan boleh mencecah sehingga puluhan ringgit, bergantung kepada jenis lauk dan harga yang ditetapkan oleh restoran.

Namun tahukah anda, nasi kandar pada asalnya adalah makanan pekerja buruh yang bekerja di pelabuhan Pulau Pinang?

Sejarah nasi kandar

2

Untuk mengenali sejarah nasi kandar, kita perlu ketahui dahulu sejarah negeri Pulau Pinang yang terkenal sebagai pusat pelabuhan utama di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.

Pelabuhan Pulau Pinang merupakan kawasan yang sibuk dan menjadi tempat ramai penduduk tempatan dan luar negeri mencari rezeki.

Banyak kapal-kapal yang berlabuh dengan muatan kargo yang banyak, sekaligus memerlukan tenaga manusia yang banyak. Golongan buruh ini pula terdiri daripada pelbagai bangsa yang rata-ratanya adalah golongan bawahan.

Di sinilah bermulanya idea penghasilan nasi kandar tercipta. Peniaga makanan akan membawa makanan kepada pekerja pelabuhan dengan menggunakan kayu penggandar yang diisi dengan nasi dan lauk-pauk.

Nasi kandar mula popular ketika itu kerana seperti umum mengetahui, nasinya banyak dan mengenyangkan. Lauk yang popular pada ketika itu pula adalah nasi bersama kari ikan, ikan goreng dan bendi. Inilah menu asal nasi kandar.

Akan mula dijual setiap pagi

Peniaga nasi kandar akan tiba di perkarangan pelabuhan pada awal pagi, kerana ramai pekerja pelabuhan yang sarapan dengan makanan berat sebagai sumber tenaga untuk bekerja sehingga ke petang.

Sebab itulah jika anda perasan, nasi kandar telah siap sedia dijual pada awal-awal pagi kerana ini adalah tradisi dari dahulu lagi.

Kini jadi makanan orang kaya?

Pada hari ini, nasi kandar tidak lagi menjadi makanan ruji warga buruh, namun sudah menjadi menu kegemaran ramai dengan campuran lauk-pauk yang mahal dan berbeza dengan nasi kandar pada zaman dahulu.

Apa-apa pun, nasi kandar harus dinikmati tidak kira dijual oleh mana-mana bangsa sekalipun. Setiap orang ada citarasa sendiri kan?

Buat anda yang gilakan nasi kandar, anda boleh turut serta dalam Facebook Nasi Kandaq Hunters. Kumpulan Facebook ini menempatkan penggemar nasi kandar dari seluruh Malaysia dan kebiasaannya mereka akan berkongsikan ‘lubuk’ nasi kandar yang sedap dan mantap.

BACA:

Kalau dengan anak, Malik pun kecundang, Aaron Aziz pasrah layan karenah anak undang reaksi netizen