Tak sangka! ‘Malik’ dedah perangai sebenar ‘King’ masa di set pengambaran buat ramai terkejut!
Sebagai rakan selebriti yang pernah bekerja bersama, Datuk Aaron Aziz antara yang terasa kehilangan pelakon veteran, Ridzuan Hashim semalam.
Aktor berusia 47 itu menganggap pemergian Ridzuan satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air kita.
Aaron turut berkongsi pengalamannya suatu ketika dahulu sewaktu sama sama menjayakan filem KL Gangster dan beberapa projek yang lain.
Katanya, arwah seorang pelakon yang sangat merendah diri ketika di set penggambaran dan disegani ramai.
Arwah sangat baik. Walaupun dia seorang senior, dia tidak pernah kedekut memberikan tunjuk ajar dan tidak pernah menganggap saya sebagai seorang pendatang baru.”
Aaron juga berpendapat bahawa aktor berusia 62 tahun itu mempunyai aura lelaki maskulin dan sesuai berlakon dalam filem samseng selain merasakan bahawa watak ‘King’ KL Gangster merupakan antara projek arwah paling berjaya.
Dia memiliki aura seorang Godfather. Tak ramai yang mempunyai penampilan seperti arwah. Sedih melihat legasi KL Gangster pergi buat selamanya.”
Dalam pada itu, Aaron juga mendoakan agar segala kesakitan semasa hayatnya dapat menghapuskan dosa arwah.
BACA: