Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori ringan, Khabib Nurmagomedov.
Jaguh seni bela diri campuran (MMA) itu tiba di Kompleks Seri Perdana, yang merupakan kediaman rasmi perdana menteri, pada pukul 6.30 petang.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu, diikuti dengan jamuan makan malam,
Perbualannya menyentuh isu-isu berkaitan hal ehwal Islam, pembangunan ummah, dan situasi Palestin.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah isteri perdana menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Turut hadir Pengarah Urusan Weststar Group, Syed Azman Syed Ibrahim, aktivis hak asasi dan profesor undang-undang dari Amerika Syarikat, Khaled A. Beydoun, serta atlet renang Palestin, Yazan Al Bawwab.
Anwar menyatakan bahawa Khabib, Khaled, dan Yazan merupakan sumber inspirasi yang cemerlang dalam bidang masing-masing, tanpa mengetepikan aspek ihsan serta rahmah.
“Saya melihat pentingnya peranan personaliti seperti Khabib, Khaled, dan Yazan sebagai inspirasi bahawa seorang Islam yang baik bukan sahaja yang terbaik dalam profesion, tetapi juga mampu menonjolkan nilai yang bertunjangkan ihsan serta rahmah, khususnya dalam menghadapi gejala Islamofobia,” ujarnya dalam kenyataan selepas pertemuan itu.
Sebelum itu, perdana menteri menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama hadirin.
BACA: Lelaki berpura-pura OKU kutip derma dengan raih simpati tiba-tiba boleh berdiri